awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC akan panggil kementerian dan agensi 'bermasalah' jalani prosiding

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/12/2020
09:02 MYT
PAC akan panggil kementerian dan agensi 'bermasalah' jalani prosiding
Wong Kah Woh BERKATA, PAC mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Audit Negara dalam menjalankan segala siasatannya melalui prosiding. - Gambar fail/TWITTER @wongkahwoh
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan kementerian, jabatan, badan berkanun atau agensi yang akan dipanggil di hadapan jawatankuasa ini untuk menjalani prosiding, kata Pengerusi PAC, Wong Kah Woh.
Ia berikutan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 1 yang mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa.
Kah Woh berkata, PAC mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Audit Negara dalam menjalankan segala siasatannya melalui prosiding berdasarkan peruntukan dalam Peraturan Mesyuarat 77(1)(c) dan Arahan Perbendaharaan 304(a).
"Selain itu, jawatankuasa ini juga membentangkan tiga laporan Tindakan Susulan Kementerian terhadap syor yang dibangkitkan dalam Laporan PAC membabitkan Tuntutan Tunggakan Bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 Bilion, kerugian pelaburan Khazanah Nasional dan Pembangunan Air Mobility," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, secara keseluruhan, LKAN 2019, aktiviti kementerian, jabatan Kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanun persekutuan mengandungi 15 Laporan yang melibatkan 12 kementerian dengan 62 syor audit diberikan.
"Sementara untuk LKAN 2019 - Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan 2019, sebanyak 69 Sijil KAN telah dikeluarkan antaranya 51 Sijil Tanpa Teguran, 11 Sijil Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (EOM) dan tujuh Sijil Berteguran," tambahnya.
Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini, PAC telah membentangkan lima laporan PAC dan empat daripadanya membabitkan isu yang dibangkitkan dalam LKAN Negara manakala satu lagi laporan adalah berdasarkan kepentingan awam.
Empat laporan berkenaan katanya, adalah Pengurusan Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis, Projek Sistem Kutipan Caj jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP), Aktiviti Kawalan Pekerja Asing serta Pengurusan Educational Malaysia Global Services (EMGS).
"Sementara laporan PAC berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah membabitkan kepentingan awam," katanya.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Laporan Ketua Audit Negara
#isu punitif
#GST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan