Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan Laporan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun depan.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu telah mendengar keterangan daripada bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan akan memanggil beberapa orang lagi termasuk Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi
keterangan.
"Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung prosiding keempat Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB di Parlimen di sini.
Pada Rabu, PAC mendengar keterangan Shahrol Azral mengenai kawalan tadbir urus 1MDB bermula daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) 2009 sehingga kepada penubuhan 1MDB secara rasmi pada September 2009.
"PAC juga mendengar keterangan Shahrol Azral berhubung penubuhan syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi," katanya.
Bagaimanapun, katanya Shahrol Azral perlu memberi keterangan semula di hadapan PAC pada Isnin depan berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula.
"Ini perlu dilakukan sebelum PAC memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda untuk memberi keterangan pada Selasa depan," kata Hasan.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Datuk Dr Mohd Isa Mohd Hussain yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar dan Ketua Perundangan 1MDB Ivan Chen.
PAC juga akan memanggil bekas CEO 1MDB dari April 2013 hingga Disember 2014, Hazeem Abdul Rahman pada 14 Dis depan; bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta bekas Ahli Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Azlan Zainol pada 15 Disember dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.
Prosiding pertama membabitkan syarikat itu telah diadakan pada 19 Mei lepas manakala prosiding kedua pada 10 Jun dan ketiga pada 17 Jun lepas.
Bernama
Wed Nov 25 2015
HASAN: Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
PM sentiasa utamakan agenda Pemerkasaan Masyarakat India - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan agenda "Pemerkasaan Masyarakat India" seiring dengan proses pembangunan negara.
Hannah Yeoh mahu PDRM ambil tindakan terhadap pelaku
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk insiden yang berlaku kepada Faisal Halim. Menurutnya, beliau mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
[TERKINI] Faisal Halim dalam keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Malas, lembap, bermasalah bakal tidak naik gaji automatik
Kerajaan bakal memperkenalkan kaedah yang melihat kepada prestasi kerja serta kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada berhak menerima kenaikan gaji.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Berdasarkan gambar yang dikongsi kepada Astro AWANI, terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.