MALAYSIA
PAC dedah pelaburan Khazanah dalam FashionValet gagal kerana risiko strategi
Mas Ermieyati berkata kegagalan itu berpunca daripada strategi omnichannel yang berisiko, selain faktor pandemik COVID-19. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati pelaburan Khazanah Nasional Bhd dalam FashionValet gagal walaupun telah melalui proses usaha wajar.
Ringkasan AI
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata kegagalan itu berpunca daripada strategi omnichannel yang berisiko, selain faktor pandemik COVID-19 serta perubahan tingkah laku pengguna pascapandemik.
“Khazanah tidak mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses pascanilai setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian melebihi had material tertentu.
“Pelaburan dalam FashionValet gagal walaupun telah melalui proses usaha wajar, disebabkan strategi omnichannel yang berisiko, pandemik COVID-19, serta perubahan tingkah laku pengguna pascapandemik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen pada Khamis mengenai faktor kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham dalam syarikat itu.
Selain itu, PAC mendapati Khazanah mempunyai proses tadbir urus dalaman yang berlapis dengan pengawasan strategik oleh Kementerian Kewangan tanpa mengganggu operasi harian, selaras dengan amalan tadbir urus baik.
PAC juga menekankan wujud ketegangan antara mandat Khazanah untuk menjana pulangan komersial dengan peranannya sebagai instrumen pembangunan negara.
Strategi pelaburan modal teroka melalui pendekatan dana-kepada-dana pula disifatkan wajar kerana mampu memacu ekosistem inovasi domestik, meskipun sifatnya berisiko tinggi.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulisnya memaklumkan bahawa Khazanah telah melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB melabur sebanyak RM20 juta, untuk kepentingan minoriti dalam syarikat itu.
Khazanah dan PNB kemudian menjual pegangan pada penghujung 2023 kepada NXBT Partners Sdn Bhd pada harga hanya RM3.1 juta dengan jumlah kerugian RM43.9 juta.
MOF turut memaklumkan bahawa kerugian yang ditanggung daripada penjualan kepentingan tersebut adalah kecil berbanding pendapatan keseluruhan Khazanah dan PNB bagi tahun itu
PAC turut mengemukakan empat syor penambahbaikan, antaranya Khazanah perlu mendidik orang ramai mengenai strategi dan risiko pelaburan modal teroka, mewujudkan SOP analisis pascanilai bagi pelaburan yang rugi besar, memperkukuh rangka kerja pengurusan risiko terhadap kejutan pasaran bukan kewangan, serta melaporkan prestasi pelaburan secara menyeluruh kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun.
Ringkasan AI
- PAC mendapati pelaburan Khazanah Nasional dalam FashionValet gagal walaupun telah melalui proses usaha wajar, berpunca daripada strategi omnichannel yang berisiko serta kesan pandemik COVID-19 dan perubahan tingkah laku pengguna.
- Khazanah tidak mempunyai SOP pascanilai bagi pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian melebihi had material, manakala kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan bersama PNB dianggap kecil berbanding pendapatan keseluruhan kedua-dua entiti.
- PAC mengemukakan empat syor penambahbaikan termasuk pendidikan awam tentang risiko pelaburan modal teroka, pelaksanaan SOP pascanilai, pengukuhan pengurusan risiko terhadap kejutan pasaran bukan kewangan, dan pelaporan prestasi pelaburan kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata kegagalan itu berpunca daripada strategi omnichannel yang berisiko, selain faktor pandemik COVID-19 serta perubahan tingkah laku pengguna pascapandemik.
“Khazanah tidak mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses pascanilai setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian melebihi had material tertentu.
“Pelaburan dalam FashionValet gagal walaupun telah melalui proses usaha wajar, disebabkan strategi omnichannel yang berisiko, pandemik COVID-19, serta perubahan tingkah laku pengguna pascapandemik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen pada Khamis mengenai faktor kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham dalam syarikat itu.
Selain itu, PAC mendapati Khazanah mempunyai proses tadbir urus dalaman yang berlapis dengan pengawasan strategik oleh Kementerian Kewangan tanpa mengganggu operasi harian, selaras dengan amalan tadbir urus baik.
PAC juga menekankan wujud ketegangan antara mandat Khazanah untuk menjana pulangan komersial dengan peranannya sebagai instrumen pembangunan negara.
Strategi pelaburan modal teroka melalui pendekatan dana-kepada-dana pula disifatkan wajar kerana mampu memacu ekosistem inovasi domestik, meskipun sifatnya berisiko tinggi.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulisnya memaklumkan bahawa Khazanah telah melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB melabur sebanyak RM20 juta, untuk kepentingan minoriti dalam syarikat itu.
Khazanah dan PNB kemudian menjual pegangan pada penghujung 2023 kepada NXBT Partners Sdn Bhd pada harga hanya RM3.1 juta dengan jumlah kerugian RM43.9 juta.
MOF turut memaklumkan bahawa kerugian yang ditanggung daripada penjualan kepentingan tersebut adalah kecil berbanding pendapatan keseluruhan Khazanah dan PNB bagi tahun itu
PAC turut mengemukakan empat syor penambahbaikan, antaranya Khazanah perlu mendidik orang ramai mengenai strategi dan risiko pelaburan modal teroka, mewujudkan SOP analisis pascanilai bagi pelaburan yang rugi besar, memperkukuh rangka kerja pengurusan risiko terhadap kejutan pasaran bukan kewangan, serta melaporkan prestasi pelaburan secara menyeluruh kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun.

#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#fashion valet
#Mas Ermieyati Samsudin
#Kementerian Kewangan
#terkini