awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2024
10:50 MYT
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan susulan terhadap syor dikemukakan sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pertemuan itu diatur bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan susulan terhadap syor dikemukakan sebelum ini.
"Tindakan susulan seterusnya dengan HRD Corp belum selesai lagi, kita masih tunggu maklum balas daripada pihak berkaitan mengenai syor diberikan kepada mereka.
"Mereka kena lapor pada 20 November selepas tiga bulan masa diberi untuk buat tindakan mengikut syor diberi," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat pada Rabu.
Julai lalu, PAC mendedahkan sebanyak RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan telah digunakan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) untuk melabur sedangkan ia bukanlah sebuah institusi pelaburan.
PAC mendapati levi yang dikutip oleh perbadanan itu menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion pada 2023.
Sehubungan itu, PAC memberi tempoh tiga bulan kepada HRD Corp untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAC
#HRD Corp
#Mas Ermieyati Samsudin
#audit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan