awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/11/2023
06:10 MYT
PAC: Perolehan ventilator ketika Dr Adham Baba jadi Menteri Kesihatan - Mas Ermieyati
MAS ERMIEYATI: Memang semuanya dah sedia maklum…ini sewaktu menteri Dr Adham Baba Bahkan Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin) pun dah beri kenyataan, itu bukan pada waktu beliau. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini berlaku ketika Dr Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.
“Memang semuanya dah sedia maklum…ini sewaktu menteri Dr Adham Baba. Bahkan Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin) pun dah beri kenyataan, itu bukan pada waktu beliau.
“Untuk laporan ini, boleh baca terus laporan PAC ya. Dia saja nak pengesahan, kan, saya tahu...sebab isu ini timbul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media berhubung siapakah menteri yang bertugas ketika perolehan ventilator itu dilakukan.
Astro AWANI pada Isnin melaporkan ketiadaan perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
Menurut Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), tiada kontrak digubal di antara KKM dan PLSB mengenai perolehan ventilator.
Bahkan, Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.
Laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu itu mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#Dr Adham Baba
#ventilator
#laporan pac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan