PAC putuskan kementerian yang akan dipanggil akhir minggu ini

Hafiz Marzukhi
Julai 31, 2017 06:56 MYT
Hasan berkata pihaknya akan menelaah Laporan Ketua Audit Negara 2016 sebelum membuat keputusan tersebut. -Gambar fail
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memutuskan kementerian mana akan dipanggil pada akhir minggu ini.
Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata pihaknya akan menelaah Laporan Ketua Audit Negara 2016 sebelum membuat keputusan tersebut.
"Kami ingin lihat dahulu (Laporan Ketua Audit Negara) sebelum keputusan dibuat.
"Keputusan akan dibuat pada akhir minggu ini," kata Hasan dalam satu sidang media bersama Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad di Pejabat PAC di Parlimen.
Laporan tersebut menunjukkan 25 kementerian mendapat penarafan cemerlang bagi sesi audit kali ini berbanding 16 bagi tahun 2015.
#Hasan Arifin #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #Laporan Ketua Audit Negara #Madinah Mohamad