MALAYSIA
PAC teliti keberkesanan pengurusan kawalan harga, subsidi minyak masak
Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tiga, kiri) dalam sebuah sidang media berkenaan taklimat khusus berhubung Perolehan Kerajaan di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan prosiding berhubung pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak di bawah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding itu yang berlangsung dua hari bermula semalam bertujuan meneliti keberkesanan pengurusan kawalan harga dan subsidi minyak masak yang memberi impak langsung kepada rakyat dan perbelanjaan kerajaan.
"PAC juga akan meneliti rantaian bekalan minyak masak dengan memanggil persatuan seperti MEOMA (Persatuan Pekilang-Pekilang Minyak Makan Malaya) dan wakil kilang penapis dan syarikat pembungkus, selain mengadakan lawatan kerja ke kilang-kilang tersebut.
"Jawatankuasa ini komited untuk memastikan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan perbelanjaan wang rakyat dalam semua aspek pengurusan kerajaan," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata antara saksi yang telah dipanggil ialah Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhyidin Aziz @ Saari dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Makhzan Mahyuddin menggantikan Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata PAC juga telah mendengar taklimat khusus berhubung Perolehan Kerajaan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican pada Isnin lepas.
Beliau berkata taklimat tersebut bertujuan membantu ahli PAC memahami struktur dan amalan perolehan kerajaan yang melibatkan pelbagai agensi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab jawatankuasa itu.
"Taklimat tersebut telah memberikan penjelasan menyeluruh kepada PAC mengenai kaedah perolehan dan proses perolehan kerajaan, peranan pihak berkuasa melulus dan pelaksanaan tender terbuka prakelayakan terpilih," katanya.
-- BERNAMA