awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah curi beg galas ketika solat Jumaat, penganggur kena hukum penjara

Bernama
Bernama
09/07/2024
10:53 MYT
Padah curi beg galas ketika solat Jumaat, penganggur kena hukum penjara
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Julai lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beg galas yang mengandungi pelbagai barangan termasuk komputer riba dan wang tunai RM70 milik seorang lelaki yang sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Farizat Mohamed, 22, selepas mengaku bersalah mencuri beg galas milik Ahmad Yakqub Abd Halim, 28, mengandungi barangan yang keseluruhannya bernilai RM1,000, di Masjid Ibnu Khaldun, Sungai Besi di sini pada 1.38 tengah hari, 5 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Julai lepas.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu (Ahmad Yakqub) sedang solat di masjid berkenaan, beliau menyedari beg galas yang diletakkan di sebelah sisinya hilang dan disyaki telah dicuri.
Tertuduh yang ditangkap oleh pihak polis kemudian mengaku telah mencuri beg galas berkenaan ketika pengadu sedang menunaikan solat Jumaat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran, manakala peguam Nurdiyana Mustaza yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai ibu bapa yang uzur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi beg
#Solat Jumaat
#hukuman penjara
#curi dalam masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan