awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah khianat kedai serbaneka, tiga lelaki ditahan

Fareez Azman
Fareez Azman
21/06/2019
10:56 MYT
Padah khianat kedai serbaneka, tiga lelaki ditahan
Ketiga-tiga suspek yang melakukan khianat di kedai serbaneka disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
POLIS menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes video khianat di sebuah kedai serbaneka di Seremban yang tular sejak Khamis.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira jam 3.45 petang Jumaat dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat.
"Permohonan reman akan dibuat pada Sabtu di Mahkamah Majistret Seremban," kata beliau dalam kenyataan media.
Video suspek melakukan khianat di premis terbabit menjadi tular sejak semalam dalam perkongsian melalui akaun Twitter Pedoqpop.
Video berdurasi 1.10 minit itu antara lain memaparkan seorang lelaki bertindak memicit dan menekan makanan serta membuka minuman di premis terbabit.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu mendapat kecaman netizen.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret Seremban
#Padah khianat kedai serbanika
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#tiga lelaki ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan