awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah memburu penyu, warga Filipina dipenjara empat tahun, didenda RM150,000

Petrus Bernard
Petrus Bernard
22/07/2021
07:44 MYT
Padah memburu penyu, warga Filipina dipenjara empat tahun, didenda RM150,000
Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar dalam hujahannya berharap tertuduh (gambar, tengah) dikenakan hukuman berat kerana telah membunuh banyak penyu, spesies terancam dan dilindungi di perairan Sabah. - Astro AWANI
TAWAU: Seorang lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM150,000 di Mahkamah Sesyen Tawau pada Khamis, selepas mengaku bersalah membunuh penyu.
Tertuduh Nasdi Bilnati, 18, didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Julai 2021 di perairan pulau Omadal Semporna pada jam 12.30 tengah hari.
Berdasarkan pertuduhan, Nasdi didakwa bersama dua lagi rakannya yang masih bebas, memiliki 12 cengkerang penyu, 39 keping sisik marginal dan 4.8 kilogram lemak penyu hijau yang disenaraikan sebagai haiwan dilindungi dalam jadual 1, Bahagian 1 Enakmen Hidupan Liar 1997.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) enakmen yang sama, yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM250,000dan penjara antara satu hingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sylvester Saimin dalam hujahannya berharap tertuduh dikenakan hukuman berat kerana telah membunuh banyak penyu, spesies terancam dan dilindungi di perairan Sabah.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam menyesali perbuatannya dan merayu agar hukumannya di ringankan.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun berkuatkuasa hari ini di penjara daerah Sandakan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan denda sebanyak RM150,000 dan jika gagal bayar penjara satu tahun.
Semua eksibit turut diserahkan kepada kerajaan Negeri Sabah bagi tujuan pelupusan.
Topic Berkaitan
#penyu
#Bunuh penyu
#buru penyu
#warga filipina
#haiwan terlindung
#hidupan liar
#spesies terancam
#Sabah
#perairan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan