awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler

Sinar Harian
Sinar Harian
29/12/2025
02:30 MYT
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Antara kereta yang dihimpit treler bagi membolehkan kenderaan berat itu melepasi selekoh. - Foto Sinar Harian
ALOR GAJAH: Tindakan pemilik tiga kereta yang meletakkan kenderaan di bahu jalan mengundang padah apabila kenderaan mereka disagat sebuah treler yang gagal melepasi selekoh dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, pada Ahad.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.
Beberapa video berkaitan kejadian tular di media sosial memaparkan dua buah Perodua Alza dan sebuah Proton Iriz mengalami calar serta kerosakan pada bahagian kiri kenderaan.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, kenderaan terbabit didakwa diletakkan di laluan lori, menyebabkan treler berkenaan tidak dapat melepasi selekoh tersebut.
Proton Iriz mengalami kerosakan luaran selepas dihimpit treler dalam kejadian di R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka. - Foto Sinar Harian
Proton Iriz mengalami kerosakan luaran selepas dihimpit treler dalam kejadian di R&R Jejantas Ayer Keroh, Melaka. - Foto Sinar Harian
Keadaan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan memaksa treler berkenaan menghimpit kenderaan terbabit bagi membolehkan ia melepasi laluan berkenaan.
Difahamkan sebelum kejadian, beberapa orang awam cuba mengalihkan kenderaan tersebut bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes berkenaan di bawah siasatan Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Bukit Aman.
“Lokasi kejadian adalah di kawasan R&R Jejantas Ayer Keroh, Daerah Alor Gajah. Kes ini melibatkan sebuah treler dan tiga buah kereta.
“Kes masih dalam siasatan USLR Bukit Aman,” katanya.
Difahamkan, pemilik sebuah kenderaan telah membuat laporan polis, manakala dua pemilik kenderaan lain masih belum berbuat demikian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta dihimpit treler
#video tular
#disagat treler
#R&R Jejantas Ayer Keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan