awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok - MetMalaysia

Bernama
Bernama
06/12/2022
05:36 MYT
Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok - MetMalaysia
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah esok mengalami cuaca cerah pada pagi manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan.
Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca.
"Rancang perjalanan ke tempat mengundi dengan sebaiknya dengan merujuk kepada maklumat cuaca serta ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia di pelbagai medium penyebaran rasmi jabatan.
"Keluarlah untuk mengundi dengan lebih awal sekiranya cuaca dijangka baik pada awal pagi. Jangan bertangguh kerana cuaca di kawasan tropika boleh berubah dengan pantas iaitu ribut petir berserta hujan lebat boleh terbentuk dan berlaku dalam jangka masa yang singkat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhammad Helmi turut memaklumkan supaya orang ramai mengelakkan diri berada di tempat lapang seperti padang dan berlindung segera di struktur kukuh (bangunan).
"Selain itu, elakkan guna telefon atau kelengkapan elektrik, jauhi rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi serta struktur tinggi seperti pokok atau yang tidak kukuh," katanya.
Esok adalah hari mengundi di kawasan Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian dijadual tamat pada 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#met malaysia
#Padang Serai
#Tioman
#cuaca
#pengundian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan