awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PADU: Penjawat awam tidak layak sebelum ini mungkin bakal dapat manfaat - Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2024
14:36 MYT
PADU: Penjawat awam tidak layak sebelum ini mungkin bakal dapat manfaat - Rafizi
Rafizi menasihati penjawat awam untuk mempercepatkan pendaftaran di PADU. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perubahan dari kayu ukur pendapatan kasar semata-mata kepada pendapatan boleh belanja dengan mengambil kira tanggungan dan kos sara hidup berdasarkan lokaliti membuka ruang kepada penjawat awam yang sebelum ini tidak layak untuk mendapat manfaat.
Sehubungan itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, penjawat awam dinasihatkan untuk mempercepatkan pendaftaran di Pangkalan Data Utama (PADU).
"Bila kita beralir dari kayu ukur pendapatan semata-mata kepada pendapatan boleh belanja dengan mengambil tanggungan dan kos sara hidup mengikut lokasi, saya menjangkakan ada penjawat awam yang sebelum ini tidak layak tetapi sekarang layak.
"Jadi di peringkat Persekutuan, arahan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang disampaikan menerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk memastikan semua penjawat awam mempercepatkan pendaftaran.
"Untuk peringkat negeri- negeri, saya akan melakukan kunjungan hormat secepat mungkin kepada menteri-menteri besar dan kepimpinan negeri supaya kerajaan negeri juga terlibat," katanya dalam sidang media di Putrajaya di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Rafizi memberitahu, pendaftaran itu setakat ini bagaimanapun masih belum diwajibkan kepada penjawat awam.
Dalam pada itu, Razifi menambah, setakat pukul 4 petang Jumaat, pendaftaran paling tinggi direkodkan melibatkan penduduk Putrajaya dengan 9.8 peratus, diikuti Sarawak (7.8 peratus), sementara Perlis, Negeri Sembilan, Labuan, Terengganu, Sabah, Selangor, Perak dan Melaka pula mencatatkan angka lebih enam peratus.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#penjawat awam
#PADU
#mendapat manfaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan