awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PADU perlu lalui audit keselamatan berkala

Bernama
Bernama
02/01/2024
08:00 MYT
PADU perlu lalui audit keselamatan berkala
Ahli panel, Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU, Dr Fazidah Abu Abu Bakar, CEO CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Prof Datuk Norma Mansor dari Social Wellbieng Reseach Center UM hadir pada sesi forum PADU hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Dengan mengambil kira risiko ancaman serangan siber dan kemunculan teknologi baharu, kerajaan perlu melaksanakan audit keselamatan berkala terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.
"Semakin luas rangkaian kita, maka semakin mudah kita terdedah. Kalau kita kata sekarang selamat, tak semestinya lima atau enam bulan akan datang ia masih selamat.
"Sebab itu, kita perlukan audit untuk pastikan keselamatan pangkalan data tersebut," katanya ketika menjadi panel pada Forum 'Memacu Peralihan Melalui PADU' yang diadakan sempena Majlis Pelancaran PADU di sini hari ini.
Ahli panel lain dalam forum tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Dr Fazidah Abu Bakar dan Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya Prof Datuk Dr Norma Mansor.
Amirudin berkata CSM akan memainkan peranan strategik untuk melaksanakan penilaian keselamatan terhadap PADU, sama ada pada rangkaian pangkalan data dan hos PADU.
"Teknologi telah mengubah cara pengguna menjalankan perniagaan dan menawarkan peluang kepada capaian berterusan pada aplikasi baharu, bagaimanapun fleksibiliti berkenaan memperkenalkan risiko dan ancaman keselamatan siber," katanya.
Sementara itu, Norma berkata PADU bakal menjadi 'pengubah keadaan' dalam negara, justeru data di dalamnya perlu dikemas kini secara berkala untuk mengelakkan ia menjadi data statik.
Beliau berkata pengemaskinian berkala akan menjadikan integrasi data lebih berkesan pada masa sama dapat mengelak pertindihan maklumat daripada pelbagai jabatan.
"Kita tidak mahu lagi orang yang telah meninggal dunia masih ada dalam data PADU dan mendapat bantuan, atau kita tidak mahu seorang mendapat bantuan kerusi roda daripada tiga entiti yang berlainan," katanya.
Norma berkata keberkesanan PADU bergantung kepada tindakan proaktif setiap pemilik program seperti Jabatan Pendaftaran Negara, jabatan agama, dan lembaga zakat bagi terus menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
"Jika tidak, PADU adalah perpustakaan data semata-mata dan rakyat yang perlu dibantu akan terus tercicir," katanya.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) dan MAMPU serta turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
#audit keselamatan
#ancaman serangan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan