awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang cadang tubuh Akademi Mineral

Bernama
Bernama
15/08/2023
23:00 MYT
Pahang cadang tubuh Akademi Mineral
Wan Rosdy berkata, kampus sementara AMMP di Lipis Centrepoint juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi maklumat pembangunan mineral, khususnya di Pahang. - Foto fail/Astro AWANI
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bercadang menubuhkan Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di Lipis, yang antara lain berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan menawarkan program pendidikan dan latihan serta perkhidmatan teknikal berasaskan industri mineral.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kampus sementara AMMP di Lipis Centrepoint juga berperanan sebagai pusat sehenti bagi maklumat pembangunan mineral, khususnya di Pahang, dan kerajaan negeri telah melantik Pahang Skills Development Centre sebagai peneraju pembangunan AMMP manakala Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah selaku perunding.
"Saya berharap langkah ini dapat membantu mengimbangi pembangunan ekonomi di seluruh Pahang terutama dalam merapatkan jurang pembangunan antara Pahang Barat dan Pahang Timur," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata AMMP merupakan sebahagian daripada komponen rancangan pembangunan Taman Teknologi Bersepadu Lipis (TTBL) yang terkandung dalam Laporan Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus dan telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus pada 3 Jun 2022.
Katanya TTBL akan berkonsepkan pusat pembangunan bersepadu industri bernilai tinggi dengan teknologi mesra alam selain memiliki sumber manusia yang berpengetahuan serta kompeten dan selain AMMP, ia memiliki sebuah lagi komponen pembangunan iaitu pusat pemprosesan mineral di Sungai Temau.
Wan Rosdy berkata kewujudan TTBL adalah selaras dengan Pelan Transformasi lndustri Mineral 2021-2030 dan kerajaan bercadang menjadikan Malaysia antara hab pembangunan industri mineral yang memiliki rantaian lengkap ekoran permintaan hasil mineral telah meningkat kepada sangat tinggi dan akan terus berkembang pada masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akademi mineral
#Pahang
#kerajaan negeri
#AMMP
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan