[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Pahang, Johor, Sarawak bakal dilanda banjir bermula Rabu - NADMA

Astro Awani 08/01/2018 | 08:12 MYT
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran hujan lebat bermula Rabu, 10 Januari sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan amaran hujan lebat bermula Rabu, 10 Januari sehingga Jumaat, 12 Januari 2018.
Menurut kenyataan NADMA, kawasan yang berisiko banjir akibat hujan lebat melibatkan empat daerah di Pahang iaitu Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan serta enam daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai.
Sementara itu di Sarawak, sembilan daerah bakal dilanda hujan lebat iaitu Kuching, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan dan Serian.
NDCC turut memaklumkan mengaktifkan semua Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri dan Daerah sebagai langkah persediaan banjir.
NDCC juga turut memohon pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk memastikan pusat-pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan siapsiaga untuk digunakan.
#amaran cuaca buruk #banjir #hujan lebat #Johor Bahru #Kluang #Kota Bharu #Kota Tinggi #Kuantan #Kuching #Kulai #operasi #Pahang #Perlis #risiko banjir #Rompin #Sibu