Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas sekiranya ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata Lynas Corporation bersetuju untuk mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi mengelak sebarang kemudaratan kepada penduduk.
“Lynas sudah bersetuju untuk mewujudkan tapak pelupusan tetap cuma kita perlu kenalpasti tempat yang boleh dibuang. Sisa buangan ini tidak memberikan kesan buruk kepada aspek kesihatan penduduk.
“Kemungkinan ia (tapak pelupusan) adalah di pahang atau mungkin di negeri lain. Sisa ini tidak bahaya dan mempunyai kesan radiasi yang sedikit.
“Cuma ada orang yang tidak selesa dan sebab itu kita perlu pastikan mereka selesa.
“Kita perlu beritahu orang awam perkara yang betul. Ada pihak yang cuba beritahu perkara tidak betul. Sisa ini tidak memberikan ancaman,” katanya di sini hari ini.
Tambah Dr Mahathir kerajaan sudah menghantar pasukan pakar untuk mengkaji operasi Lynas dan mendapati ia tidak membahayakan.
“Sisa buangan harus diuruskan dan lebih baik jika dihantar keluar negara namun tidak akan ada negara yang mahu menerima. Justeru cadangan adalah melupuskan sisa di kawasan bukan kawasanperumahan,” katanya.
Tambah Dr Mahathir kerajaan tidak boleh menghentikan operasi Lynas kerana ia akan menjejaskan persepsi pelaburan asing di Malaysia.
“(Jika kita hentikan Lynas) Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan terjejas dan pelabur merasakan kita tidak berpegang kepada janji. Kita harus berhati-hati,” tambahnya,
Ditanya soal tentangan beberapa pemimpin Pakatan Harapan terhadap Lynas, Dr Mahathir berkata keputusan untuk menutup Lynas dibuat ketika menjadi pembangkang.
“Ketika itu tidak ada banyak maklumat dan kita hanya percaya Lynas mempunyai kesan buruk. Namun setelah menjadi kerajaan, kita kaji dan dapati ia tidak mempunyai kesan buruk,” katanya.
Sementara itu kerajaan Australia berharap Malaysia akan menarik semula sekatan yang dikenakan ke atas Lynas.
“Mereka berharap kita menarik semula sekatan dan sudah tentu kita akan putuskan dalam tempoh tiga bulan.
“Lynas berhasrat untuk menambah pelaburan di Malaysia dan ini adalah pelaburan bernilai besar,” katanya selepas bertemu Perdana Menteri Australia Scott Morrison dalam mesyuarat dua hala.
Pada 15 Ogos lalu kerajaan bersetuju untuk menyambung lesen operasi Lynas dengan syarat ia mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi sisa buangan radioaktif.
Najib Aroff
Mon Nov 04 2019

Lynas Corporation bersetuju untuk mewujudkan tapak pelupusan kekal bagi mengelak sebarang kemudaratan kepada penduduk. - Gambar fail/BERNAMA

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura
Usaha meningkatkan kesalinghubungan udara antara dua negara, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.

Pemimpin Myanmar komited gencatan senjata, jamin keselamatan petugas kemanusiaan - PM Anwar
Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar dan Perdana Menteri NUG Myanmar telah berjanji untuk melanjutkan gencatan senjata di negara itu.

PM Anwar berunding dengan Min Aung Hlaing berhubung bantuan susulan gempa bumi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok, Thailand.

Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) melaporkan bahawa bandar itu kini hampir pulih sepenuhnya.

Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana suram akibat gempa bumi
Meskipun hujan lebat, kira-kira 200 jemaah hadir ke Masjid Zhohirul Islam Thonglor untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Gempa bumi Myanmar burukkan kesan konflik dalam negara terhadap rakyat - ICRC
Gempa bumi kuat yang berlaku Jumaat memburukkan lagi keadaan rakyat Myanmar yang telah berhadapan dengan kesan konflik melibatkan pasukan keselamatan serta kumpulan etnik bersenjata di negara itu.

Gempa Myanmar: Ibu cerita pengalaman lahir anak di Hospital Bangkok semasa gempa
Kanthong Saenmuangshin datang ke hospital untuk pemeriksaan rutin bersalin ketika gegaran berlaku.

Gempa bumi: Isteri harap suami selamat dalam bangunan runtuh
"Saya berharap dan berdoa agar suami saya serta lima lagi rakan keluarga dapat keluar dengan selamat," kata Narvemol Thonglek.

6 kondominium di Bangkok diisytihar tidak selamat selepas gempa bumi
Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) c

Gempa Bumi Myanmar: ASEAN sedia sokong usaha bantuan, pemulihan - Mohamad
Negara-negara anggota ASEAN juga akan bekerja rapat bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dan memudahkan operasi bantuan.

Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok
Dalam kenyataan pada Jumaat, Wisma Putra berkata, laporan awal dari Bangkok juga mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang tercedera.