awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini

Bernama
Bernama
17/01/2025
02:00 MYT
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Di PAHANG, hujan berterusan menyebabkan banjir di daerah Raub dengan satu PPS dibuka pada 2.30 pagi tadi yang menempatkan 31 mangsa daripada 12 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai, Batu Malim itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai.
"Hujan berterusan hingga 1 pagi di kawasan Banjaran Titiwangsa telah menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Batu Malim dan menjejaskan penduduk sekitar.
"Walaupun cuaca setakat ini semakin baik dan tidak hujan selepas 1 pagi namun proses pemindahan penduduk masih berterusan memandangkan limpahan air sungai berkenaan masih berlaku," menurut kenyataan itu.
Di SABAH, 17 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di daerah Kota Marudu pagi ini dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan. di sini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu. dua kampung terjejas akibat bencana itu iaitu Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman.
"Antara mangsa yang dipindahkan termasuk empat Orang Kurang Upaya (OKU), seorang bayi lelaki dan empat kanak-kanak," katanya.
Di SARAWAK, jumlah mangsa kekal 44 dengan satu PPS masih aktif setakat pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit di Daerah Kanowit itu menempatkan 22 keluarga dari Rumah Leo, Nanga Lipus; Rumah Alice; Rumah Alexander; Rumah Geoffey; Rumah Joseph, Rantau Kemiding dan sebuah rumah persendirian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir pahang
#banjir sabah
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan