KUANTAN: Sebanyak 40 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun telah divaksinasi menerusi Program Vaksinasi COVID-19 (PICKids) sejak mula dilaksanakan di negeri Pahang.
Kerajaan negeri Pahang juga mengambil langkah proaktif dengan memperuntukkan sebanyak RM115,200 untuk Pelaksanaan Insentif Skim Galakan Sekolah-Sekolah Negeri Pahang untuk tujuan itu.
Pelaksanaan skim ini telah turut melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah serta pra-sekolah yang berjaya meningkatkan peratusan vaksinasi murid bagi program vaksinasi tersebut.
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang turut melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, PPD, sekolah-sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa untuk menerangkan kepentingan vaksinansi murid yang berusia antara 5 hingga 12 tahun di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, selain itu, kerajaan negeri turut berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi meningkatkan vaksinansi di kalangan masyarakat Orang Asli di negeri ini.
“Pelaksanaan insentif ini telah dimulakan pada 1 Mei bagi menggalakkan seramai mungkin kanak-kanak sekolah menerima vaksinasi ini, ketika ini seramai 52,449 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan suntikan vaksin di Pahang menerusi PICKids sehingga 30 Mac lalu.
“Secara keseluruhannya, liputan ini masih rendah walaupun hampir dua bulan PICKids berlangsung di negeri ini dengan daerah Rompin merekodkan liputan 18 peratus, diikuti 16 peratus di Pekan, manakala Maran pula 16.1 peratus,” katanya di Majlis Silaturahim dan Jamuan Aidil Fitri di Dewan Seri Ketumbit, Kerdau, malam tadi.
Katanya, insentif galakan itu melibatkan PPD, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK ) Cina, SJK Tamil dan sekolah yang majoriti murid Orang Asli di negeri ini.
“PPD yang berjaya meningkatkan bilangan murid menerusi PICKids akan menerima ganjaran sebanyak RM10,000; tempat kedua (RM7,000) dan ketiga sebanyak RM4,000.
“Manakala kategori Sekolah Kebangsaan, sekolah tertinggi meningkatkan galakan vaksinasi akan menerima RM3,500 dan hadiah galakan ini akan diberi sehingga ke tempat ke-60, katanya.
Katanya, SJK Cina turut menerima RM3,500 sehingga ke tempat ke-6 dengan ganjaran serendah RM1,300. SJK Tamil pula menerima RM3,500 sehingga ke-3 bakal menerima RM2,500.
“Tidak terkecuali sekolah yang majoriti murid Orang Asli turut menerima ganjaran RM3,500, kedua RM3,000 dan ketiga menerima RM2,500; pra-sekolah turut menerima RM1,000 sehingga ke tempat ke-13 yang akan menerima sebanyak RM500,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri akan menjalankan promosi dengan menyediakan poster, papan iklan dan pelabgai usaha berbentuk ingatan mesra untuk meningkatkan kepentingan vaksinasi kanak-kanak.
Mohd Zalani Md Atan
Sat May 14 2022

Kerajaan Pahang mensasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pelajar dapat divaksin sehingga 31 Mei ini.- Foto Astro AWANI

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

AWANI Ringkas: PM mula lawatan kerja ke Turki esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki didakwa bunuh wanita baru dikenali menerusi aplikasi sembang
Seorang penganggur didakwa atas pertuduhan membunuh kenalan wanita yang baru dikenalinya melalui aplikasi sembang awal bulan lalu.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

EU serah vaksin cacar monyet ke Sepanyol
Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol pada Selasa.

Djokovic mungkin tidak beraksi di Terbuka AS
Pemain berusia 35 tahun itu mengakui situasi tersebut membuatkan dia lebih bermotivasi untuk memenangi Wimbledon buat kali ketujuh.

Vaksin COVID-19: Lebih 16 juta individu dewasa terima dos penggalak
Sebanyak 16,137,205 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.