awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang sediakan baucar bantu golongan memerlukan

Bernama
Bernama
16/03/2025
03:45 MYT
Pahang sediakan baucar bantu golongan memerlukan
Wan Rosdy berkata baucar berkenaan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai. - Foto fail/BERNAMA
BERA: Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif terkini dengan memperkenalkan baucar untuk pembelian barangan makanan dan keperluan di beberapa pasar raya terpilih dalam usaha membantu golongan memerlukan.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata baucar bernilai RM50 itu akan diserahkan kepada pemimpin setempat untuk diagihkan kepada mereka yang telah dikenal pasti, dan boleh digunakan di Pasaraya TMG serta Pasaraya Darul Makmur di seluruh Pahang.
"Baucar ini merupakan satu perkara yang boleh membantu rakyat. Tiada peruntukan khusus ditetapkan untuk baucar itu buat masa ini kerana ia masih dalam tempoh percubaan.
"Kita akan tengok dulu sambutan rakyat terhadap inisiatif ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Moh Karnival Makmur 2025 peringkat Bera di Dewan Semai Bakti Felda Sebertak dekat Kemayan di sini semalam.
Wan Rosdy berkata baucar berkenaan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai sekali gus mengoptimumkan bantuan yang ingin disalurkan.
Selain itu beliau berkata kerajaan negeri meneruskan program pemberian baucar minyak bernilai RM50 kepada 5,000 anak rantau dengan peruntukan sebanyak RM250,000 tahun ini.
"Program ini kita mulakan tahun lepas. Kali ini, kita menyediakan 5,000 baucar untuk anak Pahang yang ingin pulang beraya di kampung sebagai tanda ingatan kerajaan negeri kepada anak Pahang di perantauan," katanya.
Program Moh Karnizal Makmur kali ini digabungkan dengan penganjuran Karnival Tanah Pahang, bagi membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan dan perkhidmatan berkaitan tanah secara terus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baucar
#Barangan Keperluan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#golongan memerlukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan