Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat

Wan Rosdy berucap pada Majlis Penyerahan Pemilikan PR1MA Pahang Batu 6, Lepar (Fasa 1 & 2) dan Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Hijra, Penor (Fasa 3) hari ini. - Gambar Bernama
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas tidak akan berkompromi dengan pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan rakyat di negeri itu mengikut spesifikasi dan tempoh ditetapkan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak akan berkompromi dengan pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan rakyat mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan, dengan tindakan tegas diambil terhadap pemaju yang berdepan isu kelewatan atau kegagalan pelaksanaan projek.
- Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) akan memanggil pemaju yang terlibat untuk memberi penjelasan serta pelan mitigasi jika terdapat kelewatan, sebelum dibawa ke mesyuarat jawatankuasa berkaitan, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
- Sehingga 31 Disember tahun lepas, LPHP telah menyiapkan 29,283 unit rumah dengan kos pembangunan RM2.2 bilion, termasuk pelbagai skim perumahan negeri seperti PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Perumahan Awam Kos Rendah, Program Residensi Rakyat, dan lain-lain, berjumlah keseluruhan pembangunan RM4.9 bilion.
Wan Rosdy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pemilikan PR1MA Pahang Batu 6, Lepar (Fasa 1 dan 2) serta Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Hijrah, Penor (Fasa 3) di sini hari ini.
Beliau berkata antara alasan sering diberikan pemaju ialah bencana alam seperti banjir dan kerajaan negeri akan menilai perancangan susulan yang dikemukakan mereka bagi memastikan projek dapat disiapkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata sehingga 31 Dis tahun lepas, pihaknya melalui LPHP telah menyiapkan 29,283 unit rumah melibatkan kos pembangunan berjumlah RM2.2 bilion.
Beliau berkata nilai keseluruhan sebenar pembangunan mencecah RM4.9 bilion dengan return of value (ROV) berjumlah RM2.7 bilion merangkumi pelbagai skim perumahan negeri termasuk PR1MA Pahang sebanyak 9,057 unit bernilai RM1.4 bilion.
"Skim lain melibatkan Rumah Makmur sebanyak 212 unit (RM16.9 juta), Perumahan Awam Kos Rendah 13,873 unit (RM485 juta), Program Residensi Rakyat 4,168 unit (RM148.8 juta) dan Rumah Rakyat Pahang sebanyak 1,188 unit bernilai RM87.2 juta," katanya.
Mohammad Fakhruddin berkata skim lain termasuk Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah sebanyak 384 unit (RM31.8 juta), Rumah Mangsa Banjir 121 unit (RM12.2 juta) dan Skim Tanah Warisan (STW) melibatkan 280 unit dengan kos RM15 juta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


