awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip di dasar Sungai Perai bocor lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/01/2024
11:02 MYT
Paip di dasar Sungai Perai bocor lagi
Berikutan kejadian itu, PBAPP memaklumkan bahawa pihak mereka kini sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum. - Foto PBAPP
BUTTERWORTH: Satu lagi kejadian paip bocor dikesan berlaku di dasar Sungai Perai, di sini hari ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu kenyataan berkata , kebocoran besar secara mendadak itu dikesan pada bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350 milimeter (mm).
Berikutan kejadian itu, PBAPP memaklumkan bahawa pihak mereka kini sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum.
"PBAPP sedang berusaha untuk mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum. Langkah ini mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di Daerah Barat Daya di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Seberang Perai.
"Sila ambil perhatian bahawa ini adalah "kejadian mendadak" dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP," menurut kenyataan itu lagi.
Menurut PBAPP lagi, pihaknya telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya dan akan menyiarkan kemas kini sewajarnya.
Terdahulu tular video berdurasi 14 saat memaparkan kejadian paip bocor di Sungai Perai menyebabkan limpahan air tinggi berlaku.
Ini merupakan kali ketiga kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.
Susulan beberapa kejadian itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai bagi mengatasi masalah saluran paip bawah air yang bocor di sungai berkenaan.
Topic Berkaitan
#sungai perai
#bekalan air
#paip bocor
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan