awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip pecah, bekalan air di Kota Damansara pulih pagi esok

Bernama
Bernama
16/02/2014
10:10 MYT
Paip pecah, bekalan air di Kota Damansara pulih pagi esok
Gangguan bekalan air di beberapa tempat di Kota Damansara akibat paip pecah di Persiaran Surian di sini semalam, dijangka berakhir pagi esok.
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Alfred berkata kontraktor yang dilantik pihak terlibat kini membuat kerja pembaikan. "Bila ia selesai, bekalan (air) akan disambung secara berperingkat mulai tengah malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Priscilla berkata insiden kira-kira 10.15 pagi itu menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan seperti Seksyen 11, 12, 13, 14, 19, 20, 21, SS1, SS2, SS3, SS4, SS5, SS6, SS7, Zon Perdagangan Besas (FTZ) SS8, SS9, SS9A, Sg Penchala, Kampung Kayu Ara, Universiti Malaya dan Setiapuspa.
"Kami tidak pasti berapa banyak isi rumah yang terjejas, namun jika perlu pihak Syabas akan menghantar lori tangki di kawasan itu bagi membantu penduduk menangani ketiadaan bekalan air," katanya.
Paip pecah yang dilaporkan ada kaitan dengan pembinaan MRT itu menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Persiaran Surian dan kawasan sekitar.
Topic Berkaitan
#Kota Damansara
#paip pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan