MALAYSIA

Pak Jokowi panggil saya 'bro'! - Syed Saddiq

Hilal Azmi 14/07/2018 | 02:49 MYT
SYED SADDIQ: Kami sama-sama berbincang dalam usaha untuk meningkatkan hubungan bilateral antara dua negara. - Foto Twitter @SyedSaddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsikan keterujaannya bertemu dengan Joko Widodo, dalam satu posting di Twitter hari ini.
Beliau yang kini dalam siri lawatan ke Palembang sempat berbual bersama pemimpin nombor satu Indonesia itu.
"Beliau panggil saya 'bro'," katanya merujuk kepada Presiden Indonesia itu yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi.
"Kami sama-sama berbincang dalam usaha untuk meningkatkan hubungan bilateral antara dua negara untuk terus bergerak ke hadapan.
"Kita mungkin melalui beberapa cabaran, tetapi pada akhirnya kita tetap bersatu," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertemuan dua pemimpin paling trending Malaysia-Indonesia itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja bagi meninjau persiapan Sukan Asia yang akan berlangsung di Palembang pada Ogos.
Menerusi video yang dikongsikan, ternyata Presiden Jokowi turut sama teruja untuk meningkatkan kerjasama Malaysia-Indonesia menerusi pertemuannya dengan menteri paling muda Malaysia itu.
Sebelum itu, Jokowi berada di Jakabaring Sport City (JSC), Palembang, meneliti segala persiapan sebagai tuan rumah sukan berprestij Asia itu.
#AS #Asia #Belia #Indonesia #Joko Widodo #Malaysia #Media #menteri #presiden #rumah #sukan #Syed Saddiq #Twitter