awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakai gelang 'pink', guru pencen dikompaun RM4,000

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2021
21:26 MYT
Pakai gelang 'pink', guru pencen dikompaun RM4,000
Seorang guru pencen dikompaun RM4,000 kerana memakai gelang pink di Pasar Sumayyah, Tumpat pada Rabu. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Seorang guru pencen dikompaun RM4,000 kerana memakai gelang 'pink' ke Pasar Sumayyah, di sini pada Rabu.
Warga emas berusia 73 tahun itu ditahan polis melalui Op COVID-19 di sekitar pasar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, warga emas itu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.
"Warga emas dari Pelekbang itu sepatutnya menjalani Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di rumah (HSO). Polis tidak akan berkompromi dengan individu yang ingkar dan melanggar SOP," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Sebelum ini, gambar guru pencen yang dikenakan kompaun kerana memakai gelang 'pink' tular di media sosial.
Menurut Ab Rashid, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika berlaku pelanggaran SOP terutama mereka yang dikenakan kuarantin.
Beliau berkata, polis menuntut kerjasama orang ramai untuk terus patuh kepada SOP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Penyakit-Penyakit Berbahaya 1988 (Akta 342).
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Pakai gelang pink, guru pencen dikompaun RM4,000
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kompaun
#gelang 'pink'
#Tular
#guru
#pencen
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan