MALAYSIA
Pakar forensik dari Semenanjung sertai proses bedah siasat Zara Qairina - Peguam
Hamid ketika bercakap kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik pada Ahad. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, akan dimulakan sebaik sahaja pakar forensik patologi dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, tiba dari Semenanjung untuk melaksanakan prosedur tersebut bersama pasukan pakar tempatan.
Ringkasan AI
Peguam, Hamid Ismail berkata, beliau bersama anak guamnya, Noraidah Lamat, 45, telah mendengar penerangan mengenai proses bedah siasat itu selama kira-kira setengah jam sebelum ini.
"Proses akan dimulakan selepas proses pengecaman mayat dilakukan dan ketika ini, pakar forensik tersebut iaitu Dr Khairul Anuar Zainun telah pun tiba.
"Proses bedah siasat ini juga akan dilakukan bersama tiga lagi doktor lain dan saya percaya pihak polis mahu memastikan semua elemen keadilan kepada Zara Qairina. Oleh itu, seorang doktor pakar daripada Semenanjung dibawa bagi mengelakkan sebarang tuduhan yang tidak berasas," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik di sini pada Ahad.
Beliau berkata, proses tersebut mungkin mengambil masa agak lama dan selepas itu, jenazah akan dibawa semula ke tanah perkuburan di Sipitang untuk dikebumikan semula.
"Proses mungkin mengambil masa berjam-jam, mungkin empat atau lima jam. Kita tidak tahu. Selepas proses bedah siasat, doktor akan memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai penemuan, kemudian mayat akan dibawa balik ke Sipitang oleh pihak polis untuk tujuan penanaman semula.
"Dalam proses bedah siasat akan ada wakil iaitu pasukan peguam, Shahlan Jufri bersama-sama," katanya. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Bedah Siasat Zara Qairina Dimulakan: Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Zara Qairina, 13, akan dijalankan oleh pakar forensik dari Semenanjung bersama pasukan tempatan selepas pengecaman mayat dilakukan.
- Usaha Pastikan Keadilan: Kehadiran pakar dari Hospital Sultan Idris Shah bertujuan memastikan ketelusan dan mengelakkan tuduhan tidak berasas terhadap siasatan polis.
- Pengebumian Semula di Sipitang: Selepas bedah siasat selesai, jenazah akan dibawa semula ke Sipitang untuk dikebumikan, dengan wakil peguam turut hadir sepanjang proses.