awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar IT Azli Paat meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2013
15:24 MYT
Pakar IT Azli Paat meninggal dunia
Usahawan dan Pakar IT Azli Paat meninggal dunia petang Rabu.
Allahyarham yang dikatakan mengalami demam sejak beberapa hari menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.45 petang di rumahnya di Segambut.
Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan untuk menggerakan sistem Rakan Cop yang dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem besepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan diantara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.
Azli juga merupakan ahli lembaga dan presiden Persatuan Pembekal Pengisian Mudah Alih Malaysia.
Dikalangan rakan-rakanya, Azli merupakan seorang yang kurang tidur kerana sering ke udara melalui corong radio samaada di tengah malam, dinihari mahupun tengahari.
Beliau merupakan pakar rujuk bagi beberapa rancangan IT di radio dan televisyen termasuk di Astro Awani. Kebolehannya untuk memberi ulasan dan penjelasan tentang IT dalam Bahasa Malaysia telah menjadikan beliau seorang pakar rujuk yang mempunyai ramai pengikut.
Azli mula dikenali ramai sebagai pakar rujuk bidang IT melalui pembabitannya dalam rancangan IT di KLFM sekitar tahun 90an.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Pedada Kuning, di Batu Pahat, hari Khamis.
Berikut merupakan beberapa tweet mengenai pemergian Azli di laman Twitter:
Setiap2 pagi selalu mendgr coleteh ICT & Anda @bernamaradio24. Tak sangka sekali Azli Paat meninggal tanpa diduga. AlFatihah. Sob3.
— MaMaT CyBeR (@mamatcyber) February 6, 2013
Pernah SMS ke 32728?? Pemiliknya AZLI PAAT pakar IT yg terhebat di Malaysia telah meninggal dunia..Al-fatihah
— ▲ R | F ™ (@arfrdzn) February 6, 2013
Innalillah.. Al fatihah kepada En Azli Paat yang telah kembali ke rahmatullah.. Pemergian beliau merupakan satu... fb.me/2bDONurLS
— Bro Bac (@bacteria82) February 6, 2013
Topic Berkaitan
#Azli Paat
#DAPAT
#IT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan