awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar PBB sambut baik keputusan Malaysia mansuh hukuman mati mandatori

Bernama
Bernama
12/04/2023
09:57 MYT
Pakar PBB sambut baik keputusan Malaysia mansuh hukuman mati mandatori
Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik keputusan kerajaan untuk membatalkan hukuman mati mandatori bagi pelbagai jenayah berat.
Mereka berkata keputusan itu dapat menyelamatkan nyawa 1,300 banduan daripada hukuman mati.
"Keputusan itu menyokong trend global ke arah pemansuhan sejagat.
"Hukuman mati tidak sesuai dengan maruah dan prinsip asas hak asasi manusia," memetik kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) pada Selasa.
Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.
Menurut pakar itu, undang-undang baharu berkenaan akan terpakai secara retroaktif, membenarkan mereka yang dihukum mati untuk mengemukakan semakan semula hukuman dalam tempoh 90 hari.
"Dengan keputusan ini, Malaysia menghantar isyarat kuat menyokong pemansuhan hukuman mati di rantau yang kerap mengenakan hukuman mati untuk pelbagai jenayah seperti kesalahan berkaitan dadah," kata pakar.
Keputusan itu diharapkan merintis jalan kepada pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di Malaysia, dan akhirnya di seluruh rantau ini.
"Sementara menunggu pelaksanaan sepenuhnya undang-undang ini dalam beberapa bulan akan datang, kami akan terus menyokong Malaysia dalam usahanya ke arah pemansuhan, termasuk menyokong ratifikasi dan pelaksanaan Second Optional Protocol to the International Covenant on Civil and Political Rights, bertujuan untuk pemansuhan hukuman mati," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#mansuh hukuman mati mandatori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan