awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pakar penerbangan sertai bengkel kemampanan penerbangan ASEAN di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
17/06/2025
22:40 MYT
Pakar penerbangan sertai bengkel kemampanan penerbangan ASEAN di Pulau Pinang
Bengkel selama tiga hari itu dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersama Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA), dengan sokongan agensi-agensi berkaitan.
GEORGE TOWN: Seramai 88 pakar penerbangan dari rantau ASEAN dan Eropah menyertai Bengkel ASEAN Mengenai Kelestarian Penerbangan - Penambahbaikan Operasi dan Kecekapan, di sini, bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri penerbangan, termasuk fokus terhadap pengukuran pelepasan karbon dan kecekapan ruang udara.
Bengkel selama tiga hari itu dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersama Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA), dengan sokongan agensi-agensi berkaitan.
Ketua Pegawai Kelestarian AirAsia, Yap Mun Ching berkata, bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor penerbangan ASEAN untuk meneroka strategi inovatif ke arah mencapai matlamat sifar bersih, di samping memenuhi peningkatan permintaan industri terhadap kerjasama erat antara pihak pengawal selia dan syarikat penerbangan.
"Sebagai syarikat penerbangan, kami perlu bekerjasama dengan semua pengawal selia untuk melaksanakan strategi sifar bersih. Satu daripada permintaan kami kepada CAAM dan EASA adalah agar mereka menyokong penganjuran bengkel seperti ini.
"Ia bagi meneliti cara mempertingkat kaedah pengukuran pelepasan karbon, menerapkan teknologi baharu, dan mengambil contoh daripada pelan mitigasi pelepasan karbon di Eropah untuk ruang udara kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis sambutan bengkel berkenaan, malam tadi.
Dalam pada itu, Yap berkata, perbincangan mengenai kelestarian penerbangan sering kali tertumpu kepada bahan api penerbangan mampan (SAF) dan pengimbangan karbon.
Namun, aspek teras sebenar kepada kelestarian dalam penerbangan ialah kecekapan operasi, katanya.
Yap juga berkata, syarikat penerbangan kini mahu bergerak lebih jauh melalui inovasi dan kerjasama rapat dengan pihak pengurusan serta kawalan trafik udara.
Turut hadir pada majlis malam ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia) CAAM, Kapten Md Jani Md Dom.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakar penerbangan
#bengkel penerbangan ASEAN
#pengukuran pelepasan karbon
#kecekapan ruang udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami