awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin Pas

Bernama
Bernama
26/06/2023
09:20 MYT
Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin Pas
Laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri (gambar) yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lepas.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi tadi.
Menurut Muhammad laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.
Katanya ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya Pas dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.
Menurutnya ungkapan berkenaan yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat.
"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap individu berkenaan selain mengharamkan penggunaan istilah agama dalam kempen pilihan raya negeri yang akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi di sini hari ini.
Muhammad berkata penggunaan istilah agama perlu dihentikan ketika berpolitik kerana ditakuti akan disalah erti dan membawa kepada keganasan dan ekstremis agama.
"Penggunaan istilah agama seperti ini perlu dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang bagi menjaga keharmonian negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#laporan polis
#Syeikh Zainul Asri Mohd Romli
#Himpunan Kedah Berselawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan