KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan melancarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam hari ini yang akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat.
Beliau dijangka akan memberikan perincian mengenai pakej dan insentif berkenaan yang telah diumumkan pada 7 Ogos lepas sebagai antara inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat Internet berkualiti pada harga berpatutan.
Fahmi dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, Pakej 5G RAHMAH ditawarkan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan, terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia.
Pakej 5G RAHMAH menawarkan pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.
Sebanyak 100,000 pelanggan terawal daripada golongan B40 pula akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.
Sementara itu, menerusi Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam yang diperkenalkan sebagai menghargai kumpulan berkenaan, penjawat awam akan menikmati penjimatan pakej pascabayar sebanyak RM120 setahun, iaitu rebat RM10 sebulan.
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan melancarkan Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Pascabayar RAHMAH Penjawat Awam hari ini yang akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat. - Foto BERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pakej 5G RAHMAH, insentif pascabayar RAHMAH penjawat awam dilancar hari ini
Pakej 5G RAHMAH ditawarkan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan, terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia.