Pakej menarik Celcom, Digi & Maxis untuk Huawei Mate 30, Mate 30 Pro sempena kelarisan kempen pra-tempahan

Faris Danial Razi
November 22, 2019 11:20 MYT
Memang tidak dapat dinafikan, banyak pengguna yang menyokong Huawei dengan membeli siri Mate 30 sejak sesi pra-tempahan yang pertama. Terdapat juga harga runcit Mate 30 Series yang berpatutan sekali gus menawarkan hadiah menarik. - Gambar fail.
TIGA buah syarikat gergasi telekomunikasi iaitu Celcom, Digi dan Maxis sedang menyediakan pakej menarik secara ‘bundle’ jika anda ingin mendapatkan siri Huawei Mate 30.
Apa yang menarik tentang ‘bundle’ itu?
Kini, jika anda melanggan dengan Digi, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai RM289 termasuk pengecas kereta wayarles Huawei SuperCharge dan sarung telefon bimbit material PU secara percuma.
Manakala, Celcom menawarkan pakej ‘beli 1 percuma 1’ di mana pelanggan boleh mendapat sebuah telefon pintar Huawei P30 apabila membuat pembelian Huawei Mate 30.
Maxis pula menawarkan pakej ‘beli 1 percuma 1’ di mana pelanggan boleh mendapat sebuah telefon pintar Huawei Mate 30 apabila membuat pembelian Huawei Mate 30 dan sebuah Mate 30 Pro dengan pembelian Mate 30 Pro.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web Celcom, Digi, dan Maxis atau kunjungi kedai yang berdekatan.
Mengapa ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini berkejar-kejar untuk menawarkan pakej secara ‘bundle’? Ini kerana, gelombang kedua bagi pra-tempahan telefon pintar tersebut telah berlangsung dengan sangat laris di Malaysia.
Disebabkan kelarisan itu, syarikat-syarikat telco ini tampil dengan pelan promosi secara ‘bundle’.
1. Antara punca kelarisan itu adalah ciri-ciri utama kepintaran berikut:
Ciri pintar yang dimiliki Mate 30 Pro memang tidak boleh disangkal lagi. dengan Supersensing Cine Camera, ia membolehkan rakaman dilakukan dengan teknik ultra ‘slow-mo’ video dan di dalam keadaan yang gelap.
Bukan itu sahaja, ia turut menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan kamera 40 MP dengan kehebatan Cine Camera. Cine Camera membolehkan rakaman video dengan resolusi 4K dan 60 frem per saat, dengan ISO 51200, 4K HDR + Cinematic Time-lapse, video bokeh secara ‘real-time’, dan mod gerakan perlahan baharu yang mampu mencecah 7680 frem per saat.
Ia juga mempunyai memiliki kadar frem tertinggi di dunia pada telefon pintar di kalangan pesaing lain. Selain itu, The Mate 30 Pro dapat merakam dengan 720p pada 7680 frem per saat yang mengagumkan, 1080p pada 960fps, dan 4K pada 60 frem per saat. Ia juga dapat menyokong rakaman ‘Ultra Stable’ dan ‘Ultra Low-light Ultra Wide Time-lapse’.
Bukan setakat itu, kamera hadapannya digabungkan dengan dua teknologi ‘3D Depth Sensing Camera (Kamera Pengesan Kedalaman 3D) dan pengesan isyarat bagi mengenal pasti raut wajah dan mengesan pergerakan tangan anda. Dengan kecanggihan masa nyata yang diterima dalam Tiny-Core NPU, banyak arahan yang dapat dibuat seperti nyahkunci skrin, perubahan slaid, dan tangkapan skrin (screenshot) boleh dilakukan secara pantas apabila anda melihat skrin atau hanya menunjukkan isyarat dengan tangan anda.
Sudut skrin ultra lebar yang melengkung turut memberikan paparan yang lebih luas untuk anda berinteraksi yang mana ia telah menggantikan butang fizikal untuk reka bentuk lebih ideal. Selain itu, anda secara mudah boleh mengubah kekuatan suara, berswafoto atau menikmati teknologi kawalan quad-jari dengan inovatif interaksi secara sisi sentuhan.
Huawei Mate 30 Pro memperkenalkan AI Auto-Rotate yang diperoleh daripada kecanggihan kamera 3D bahagian hadapan. Di mana, ia akan mengikut kedudukan orientasi mata anda bagi menguncikan putaran skrin. Tidak seperti telefon pintar lain, yang hanya bergantung kepada pergerakan giroskop.
Dengan adanya AI Auto-Rotate, anda kini dapat menukarkan fungsi putaran automatik tersebut sewaktu memegang telefon anda dan boleh meletakkannya di atas sofa atau katil. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kedudukan orientasi skrin secara automatik akan bertukar apabila sedang digunakan dan sentiasa menghadap ke arah yang betul agar anda dapat menikmati Mate 30 anda.
Bersama teknologi EMUI 10 yang terbaharu, dengan hujung jari sahaja, telefon pintar dan komputer riba anda akan berubah menjadi "SATU" peranti serba boleh walaupun tanpa ada sambungan Internet. Manakala, kerja-kerja atau urusan yang masih berlangsung di telefon pintar anda sebagai contoh seperti aplikasi muzik atau penyuntingan fail, boleh disambungkan ke komputer riba secara automatik.
Ini bermakna, paparan di skrin telefon anda akan muncul di komputer riba yang mana membolehkan anda menggunakan kaedah ‘drag and drop’ bagi memindahkan fail dan sambung untuk menyemak semula fail anda dengan menggunakan komputer riba. Dalam masa sama, anda masih boleh berbalas mesej dengan rakan sekerja anda mengguna papan kekunci dan tetikus yang sama. Dengan adanya kolaborasi seperti ‘cross-device’ ini, segala urusan anda kini lebih mudah.
Diwarisi oleh DNA yang hebat daripada Mate, baterinya dinaik taraf kepada 4500mAh yang dilabel sebagai nilai tipikal dan boleh menyokong keperluan seharian anda dengan mudah. Mendapat manfaat dari kecekapan kuasa chipset yang sudah ditambah baik dan sistem pengurusan kuasa pintar bagi memberi penguasaan lebih lama berbanding sebelumnya.
Kali ini, Mate 30 Pro telah menambah baik teknologi pengecasan tanpa wayarnya kepada 27W yang kini menjadi kelajuan paling tinggi dalam kalangan jenama lain. Selain itu, kelajuan pengecasan semula wayarles telah meningkat kepada tiga kali ganda berbanding dengan generasi sebelum ini.
2) Hadiah Menarik dan Eksklusif secara percuma
Memang tidak dapat dinafikan, banyak pengguna yang menyokong Huawei dengan membeli siri Mate 30 sejak sesi pra-tempahan yang pertama. Terdapat juga harga runcit Mate 30 Series yang berpatutan sekali gus menawarkan hadiah percuma yang menarik termasuk OSMO Mobile 3, pengecas kereta wayarles Huawei SuperCharge dan sarung telefon bimbit material PU.
Sekarang, anda masih akan mendapat pengecas kereta wayarles Huawei SuperCharge dan pelan perkhidmatan HUAWEI Care termasuk jaminan lanjutan selama setahun dan perlindungan skrin retak selama sebulan.
3) Pembaharuan bagi HUAWEI AppGallery
Semua orang bimbang tentang isu perisian, terutamanya Google Mobile Services. Walaupun Mate 30 menggunakan sistem Perkhidmatan Mudah Alih Huawei (HMS), ia masih tidak dapat memasang perisian GMS tertentu, tetapi terdapat beberapa video video dalam talian untuk mengatasi masalah ini. Sementara itu juga, HUAWEI telah menambah baik Galeri App HUAWEI.
Jumlah aktiviti harian telah meningkat kepada 1.5 juta di Galeri Aplikasi HUAWEI, dan 27 aplikasi yang sering diguna pakai telah berjaya disatukan dalam masa sebulan; ia meliputi semua aspek dalam kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan dan banyak lagi. Selain itu, aplikasi perbankan seperti Maybank dan Hong Leong Bank juga boleh digunakan melalui HUAWEI AppGallery. Dari September hingga Oktober 2019, terdapat 200,000 pengguna baru menyertai Galeri Aplikasi HUAWEI. Selain itu, dari Januari hingga Oktober 2019, jumlah muat turun dari HUAWEI AppGallery juga mencapai 100 juta di Malaysia.
4) Storan awan 50GB tambahan untuk pengguna HUAWEI Mate30
Baru-baru ini, Huawei juga telah melancarkan cloud storage (storan awan) bersaiz 50GB dan beberapa aktiviti menarik yang lain untuk memberikan pilihan lebih banyak kepada pengguna. Pada masa sama, anda masih boleh menikmati storan awan 50GB percuma selama 3 bulan.
5) Khidmat selepas jualan yang disediakan oleh HUAWEI
Tahun ini, khidmat selepas jualan Huawei, sebagai contoh perkhidmatan pelanggan secara langsung menerusi talian Whatsapp dan talian rasmi untuk generasi sebelum ini, insurans skrin telefon seperti perlindungan skrin retak selama sebulan dan jaminan lanjutan selama setahun, telah menunjukkan keikhlasan mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan, sekali gus menjadikan orang ramai lebih yakin dengan siri Mate 30.
6) Jelajah pameran seluruh negara bermula hari ini sehingga 1 Januari 2020
Jelajah pameran HUAWEI Mate 30 | 30 Pro telah bermula secara rasmi hari ini sehingga 1 Januari 2020. Rakyat Malaysia akan diberikan layanan dengan mengadakan lawatan di HUAWEI Mate 30 Series Roadshow yang hanya boleh didapati di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite.
Jelajah tersebut adalah bertujuan bagi mempamerkan ciri-ciri utama utama peranti Super Flagship dalam meneroka cara-cara yang boleh anda manfaatkan sepenuhnya seperti fungsi kamera Siri Mate 30, yang digelar sebagai Telefon Pintar Videografi Terbaik.
Lebih penting, promosi jelajah khas untuk 100 orang pertama yang membeli Mate 30 Pro akan menerima HUAWEI Freelace bernilai RM369 dan promosi lain seperti pengecas kereta wayarles Huawei SuperCharge percuma dan HUAWEI Care bernilai RM537 juga untuk dimenangi. Peluang dua kali ganda bagi peluang cabutan bertuah juga disediakan kepada rakyat Malaysia supaya berpeluang memenangi produk HUAWEI hebat (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Cepat, kunjungi kedai Huawei berdekatan atau layari shop.huawei.com/my untuk mendapatkan HUAWEI Mate 30 atau Mate 30 Pro anda!
#celcom #Digi #Huawei #HUAWEI Mate 30 #Malaysia #Maxis #pakej bundle #rakyat Malaysia #syarikat telco gergasi #teknologi #telefon pintar