awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej Rangsangan Ekonomi: Apa rakyat bakal nikmati mulai hari ini

Bernama
Bernama
01/04/2020
00:00 MYT
Pakej Rangsangan Ekonomi: Apa rakyat bakal nikmati mulai hari ini
Rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh mula memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan. -Gambar fail
Bermula hari ini, rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19 akan menerima dan boleh mula memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.
Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Feb, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas.
Kedua-dua pakej yang keseluruhannya berjumlah RM250 bilion bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.
BACA: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat: RM250 bilion untuk rakyat, disalur pada kadar segera
Berikut antara bantuan dan inisiatif di bawah PRIHATIN yang bermula hari ini :
1. Elaun khas RM600 untuk petugas kesihatan dan perubatan.
2. Elaun khas RM200 kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota RELA.
3. Penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan.
4. Pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia.
5. Diskaun tambahan penggunaan kadar elektrik. Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad menambah peruntukan RM530 juta untuk memberi diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
6. Pelanggan pascabayar dan prabayar akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
7. Bayaran 'one-off' kepada pemandu teksi sebanyak RM600.
8. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tempoh tiga bulan.
9. Penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan.
10. Moratorium pembayaran pinjaman TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#pakej rangsangan ekonomi
#Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
#RM20 bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan