'Paksu’, bapa saudara yang didakwa atas 587 pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan cubaan rogol terhadap tiga anak saudaranya, mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi menarik balik pertuduhan ke atasnya.
Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan demikian pada prosiding sebutan semula kes itu di dua Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini.
“Peguam telah memasukkan satu surat representasi pada 26 Februari lepas. Keputusan representasi belum lagi diterima, pohon tarikh sebutan untuk keputusan representasi,” kata Hashimah sambil menambah bahawa dokumen berkaitan kes itu telah diterima dan akan diserahkan kepada pihak pembelaan hari ini.
Hakim Azrul Darus menetapkan 12 April untuk sebutan semula kes bagi mendengar keputusan representasi itu.
Di mahkamah berasingan, Timbalan Pendakwa Raya M. Arunjothy turut memohon tarikh sama untuk sebutan semula bagi keputusan tersebut dan Hakim Suzanna Hussin membenarkan permohonan itu.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, peguam Shahrul Nizam Azwir memberitahu surat representasi yang dihantar itu bertujuan untuk menarik balik semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
“Berkemungkinan kes ini akan ditarik balik oleh pengadu iaitu abang mangsa. Laporan untuk tarik balik kes telah dibuat dan mungkin pengadu akan hadir pada 12 April ini untuk proses tarik balik tersebut,” katanya.
Pada 2 Februari lalu, tertuduh yang merupakan seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya sendiri, sejak mangsa berusia lima tahun, pada 2010 sehingga Januari 2018.
Pada 5 Februari, dia mengaku tidak bersalah atas 253 pertuduhan sama dan satu tuduhan cubaan rogol terhadap dua lagi anak saudaranya yang merupakan adik mangsa pertama, masing-masing antara Januari 2006 dan Disember 2013 serta antara Januari dan Disember 2017.
Bagi 587 pertuduhan sumbang mahram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi satu pertuduhan cubaan rogol dia didakwa mengikut Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan. -Bernama
Bernama
Tue Mar 13 2018
Bapa saudara yang didakwa atas 587 pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu tuduhan cubaan rogol terhadap tiga anak saudaranya mengemukakan representasi bagi menarik balik pertuduhan terhadapnya.- gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.