MALAYSIA
Palestin ada hak untuk wujud, pendirian Malaysia tidak pernah berubah - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Palestin mempunyai hak untuk wujud dan pendirian Malaysia mengenai sokongan terhadap negara itu tidak pernah berubah.
Ringkasan AI
“Pendirian kerajaan adalah Palestin itu punya hak untuk wujud dan kita tidak melihat kepada perkara-perkara lain,” ujar Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini.
Beliau mengulas soalan media mengenai pendirian Malaysia dalam gesaan global supaya Hamas meletakkan senjata dan menyerahkan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin dalam sidang media mingguan selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Menurut Fahmi lagi, kerajaan memerlukan sedikit masa untuk meneliti sepenuhnya dokumen kenyataan bersama yang dikemukakan hasil koordinasi antara Arab Saudi dan Perancis berhubung gesaan agar Hamas menyerahkan kuasa pemerintahan di Gaza.
"Buat masa ini Malaysia belum membuat keputusan untuk menandatangani kenyataan berkenaan yang dibincangkan dalam satu mesyuarat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
"Antara yang diminta dalam dokumen itu termasuk hal yang disebutkan tadi (gesaan agar Hamas meletakkan senjata). Jadi, kita berikan sedikit masa kepada Wisma Putra untuk meneliti sepenuhnya dokumen yang dimaksudkan,” katanya.
Menurut beliau, wakil tetap Malaysia ke PBB telah diminta untuk memberi perhatian terhadap dokumen tersebut, namun kerajaan berpendapat perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh terlebih dahulu.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan agar memberi kenyataan rasmi kepada Dewan Rakyat awal minggu hadapan.
Terdahulu, Qatar, Arab Saudi dan Mesir antara 17 negara bersama Britain, Perancis serta Kanada, menandatangani deklarasi yang menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Palestin.
Ringkasan AI
- Malaysia kekal menyokong hak Palestin untuk wujud, dan tidak berganjak daripada pendirian asal meskipun wujud gesaan antarabangsa agar Hamas menyerahkan kuasa di Gaza.
- Kerajaan masih meneliti dokumen deklarasi bersama Arab Saudi dan Perancis, yang menuntut Hamas meletakkan senjata dan menyerahkan pentadbiran Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin.
- Kenyataan rasmi akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu hadapan, oleh Menteri Luar Negeri bagi menjelaskan pendirian Malaysia secara menyeluruh terhadap isu tersebut