KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak keselamatan yang terlibat dalam usaha menyelamat itu.
Media tempatan melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa berusia 31 tahun sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim itu memburu anggota Hamas di Malaysia.
"Selain itu, mereka (polis Malaysia) dapat mendedahkan operasi anggota Mossad dan memburu serta menjejaki rangkaiannya.
"Kami mengecam jenayah terang-terangan yang dilakukan Israel terhadap seorang daripada rakyat Palestin di Malaysia dan kami menyeru agar pelakunya dikenakan hukuman," menurut kenyataan itu.
Mangsa berjaya diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka dari 29 Sept hingga 4 Okt lalu.
BACA: 11 didakwa culik lelaki Palestin, mahu maklumat rahsia perisian godam telefon
Seramai 11 individu berusia 21 hingga 40 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada 14 Okt berhubung penculikan itu.
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Sebelas individu termasuk seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit. - Foto BERNAMA
U.S. should be cautious with Syria sanctions relief
Rosemary Kelanic advises the U.S. to be cautious about lifting all sanctions on Syria and supporting its new leadership, as announced by U.S. President Donald Trump.
GCC Leaders Increase Pressure on Trump
The conflict in Gaza garnered more attention on the second day of Donald Trump's visit to the Middle East. This comes after increased pressure from the leaders of the Gulf Cooperation Council (GCC) during their summit with the U.S. president today. Our correspondent Luqman Hariz reports from Riyadh.
Anwar, Putin discuss potential collaborations
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim met with Russian President Vladimir Putin in the Kremlin today as part of his four-day official visit to Russia.

Petronas meterai PSC baharu untuk medan gas Blok I di Turkmenistan
Syarikat minyak dan gas negara, Petronas mengambil bahagian dalam penerokaan medan gas asli luar pesisir di Turkmenistan.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya peningkatan operasi ketenteraan di Gaza
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya menuntut agar rejim Israel menghentikan kekejaman dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Imigresen Selangor tahan 38 warga asing atas pelbagai kesalahan
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya.

Nahas FRU: Tiga anggota masih kritikal, tidak sedarkan diri
Kesemua mereka kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.
Agenda AWANI: Malaysia-Rusia | Rintis kerjasama baharu
Bagaimanakah lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia ketika ini mencerminkan pendekatan dasar luar Malaysia yang seimbang antara kuasa besar dunia? Apa peluang KL-Moscow merintis kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik? Diskusi 9 malam ini
AWANI Ringkas: Rasuah | Beras Putih Import
v
[TERKINI] Sidang media bersama Anwar dan Putin
Sidang media bersama Anwar dan Putin

Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik
Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini.