KUANTAN: Bekas penyelia Felda dihukum penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat dokumen palsu berhubung bayaran gaji peneroka seterusnya menggunakan wang gaji itu untuk menyertai pelaburan Forex.
Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aizat Ziadi, 34, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan membuat dokumen palsu berhubung penerimaan bayaran tunai gaji peneroka.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Tanah Rancangan Felda Sebertak di Bera, antara November dan Disember 2020 semasa berkhidmat di situ dengan menandatangani sebahagian senarai akuan penerimaan bayaran tunai kepada peneroka.
Tindakan tertuduh dipercayai bagi menunjukkan peneroka terlibat telah menerima bayaran tunai bagi gaji November dan bayaran tunai pendahuluan Disember yang perlu diagihkan tertuduh.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 464(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes perbuatan tertuduh terbongkar selepas ibu pejabat Felda menerima aduan terdapat peneroka tidak menerima gaji, sedangkan wang tunai berjumlah RM89,520.40 bagi bayaran November dan RM61,273 bagi Disember untuk tujuan itu telah diserahkan kepada pejabat Felda Sebertak.
Tertuduh selaku pegawai pembayar didakwa memberikan penjelasan meragukan berhubung isu tersebut semasa siasatan dalaman Felda sebelum siasatan lanjut mendapati dia telah menggunakan wang itu untuk pelaburan Forex.
Terdahulu, peguam Mazura Ismail yang mewakili tertuduh merayu mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana anak guamnya telah insaf dan kesalahan tersebut juga menjadi punca perceraian tertuduh.
"Tertuduh kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji harian RM50. Dia juga telah memulangkan wang kepada sebahagian besar peneroka terlibat dan bertekad mahu berbuat demikian sehingga jumlahnya selesai," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rifah Izzati Abdul Mutalif memohon hukuman penjara dan denda kerana perbuatan tertuduh mencemarkan imej serta integriti Felda.
"Peneroka yang terlibat kebanyakan warga emas dan wang gaji itu diguna untuk menyara kehidupan seharian mereka, namun tertuduh menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi. Walaupun ada usaha membayar balik, namun perkara utama iaitu memalsukan dokumen dengan meniru tandatangan peneroka adalah kesalahan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Bekas penyelia Felda Muhammad Aizat Ziadi dihukum penjara enam bulan dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dokumen palsu berhubung bayaran gaji peneroka. - Foto BERNAMA

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Bumi Gaza terus bermandi darah dengan serangan terbaharu Israel menerusi operasi ‘Gideon’s Chariots’ melalui jalan darat. Apa pula alasan dan ‘muslihat’ terbaharu di sebalik serangan Zionis kali ini? Diskusi 9 malam

Warga emas disaran dapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan terpilih
Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihata
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
KEBERANIAN PKR DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN POLITIK

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajib dipertandingkan - Syed Rosli Jamalullail
UMNO Cawangan Pandan Tengah menegaskan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti wajib dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026 nanti.

Kira-kira 100 trak bantuan dilulus masuk ke Gaza - Pejabat Kemanusiaan PBB
Jurucakap OCHA Jens Laerke berkata pihaknya telah memohon dan menerima kelulusan untuk lebih banyak trak masuk hari ini.

Imam jatuh bot ketika memancing ditemukan lemas
Mangsa ditemukan pada 12 tengah hari oleh anggota PPDA pada jarak 100 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Indonesia pantau lonjakan kes COVID-19 di Asia, situasi domestik terkawal
Peningkatan kes berlaku seiring peningkatan mobiliti awam, dengan ramai rakyat Indonesia ke luar negara bagi menghadiri acara antarabangsa.
LIMA’25: Bermula dengan aksi udara mengagumkan oleh TUDM
Persembahan udara yang dimulakan tiga pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan tiga pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang bermula secara rasmi hari ini.
LIMA'25: PM Anwar rasmi segmen maritim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen Pameran Antarabangsa Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang diadakan di Resort World Langkawi.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Beliau yang tiba sekitar jam 3.10 petang diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Tiga lelaki disyaki terlibat kes samun diberkas
Tiga lelaki yang disyaki melakukan kegiatan samun di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Maran ditahan semalam.

Kerajaan komited bangun infrastruktur di perumahan generasi kedua hingga empat Felda
Kerajaan komited dalam usaha membangunkan infrastruktur di kawasan perumahan Felda generasi kedua hingga keempat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Felda serah Pelan Strategik dan Hala Tuju 2025-2030 kepada PM Anwar
Peelan strategik itu dirangka secara terperinci menerusi enam sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan dengan memberi tumpuan kepada inisiatif-inisiatif strategik dalam pelbagai bidang.

FELDA lancar Damar Berkat: PMS, elak ketirisan hasil sawit
Pelaksanaan PMS baharu itu juga bertujuan mewujudkan sistem pengurusan hasil yang lebih efisien, telus dan berpusat.

Peneroka Felda alami kerugian sebab guna 'orang tengah'
Masih ada situasi di beberapa rancangan yang menyebabkan peneroka terpaksa menggunakan orang tengah untuk berurus niaga.

PM Anwar 'penjual terbaik' produk negara di peringkat antarabangsa - Pengerusi Felda
Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'penjual terbaik' Malaysia bagi memasarkan produk negara di peringkat antarabangsa.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.