NATIONAL
Pamela Ling bukan suspek kes pengubahan wang haram - SPRM
Pamela Ling (foto) dipanggil untuk direkodkan keterangannya sebagai saksi pada hari dia dilaporkan hilang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Datin Seri Pamela Ling bukan suspek dalam kes pengubahan wang haram yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, Ling dipanggil untuk direkodkan keterangannya sebagai saksi pada hari dia dilaporkan hilang.
Kata Azam, Ling ditahan atas kegagalannya hadir dan mengemukakan diri kepada SPRM ketika dipanggil, dan bukan disiasat sebagai suspek dalam pengubahan wang haram.
"Dia ditahan dalam kes di mana dia gagal mematuhi perintah untuk hadir. Apabila dipanggil tetapi tidak hadir, ia satu kesalahan.
"Ini berbeza dengan siasatan yang kami jalankan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini, pada Khamis.
Tambah Azam, penculikan Ling berlaku di luar pejabat SPRM dan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan.
Pada 9 April lalu, Ling telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.
Bagaimanapun, dia dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan dan peguamnya memfailkan laporan polis mengenai kehilangannya pada hari yang sama.
Ringkasan AI
- Datin Seri Pamela Ling bukan suspek dalam siasatan pengubahan wang haram oleh SPRM, tetapi hanya dipanggil sebagai saksi.
- Dia ditahan kerana gagal hadir memberi keterangan seperti diarahkan, bukan kerana terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram.
- SPRM menyerahkan siasatan kes penculikan Ling kepada polis kerana ia berlaku di luar premis SPRM.