MALAYSIA
Pameran dan Forum Asia Tahan Bencana 2025 ditangguh - Nadma
Ujar Abdul Halim, Nadma akan meneruskan penganjurannya pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. - Gambasr fail/Bernama
PUTRAJAYA: Pameran dan Forum Asia Tahan Bencana 2025 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Okt ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, telah ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Nadma Datuk Abdul Halim Hamzah berkata penangguhan itu adalah susulan keputusan kerajaan untuk menutup sepenuhnya kawasan pusat bandar raya Kuala Lumpur sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 23 hingga 28 Okt ini.
"Nadma berharap semua pihak yang terlibat dalam persediaan penganjuran program ini dapat mengambil tindakan sewajarnya," menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata memandangkan program itu sangat bermanfaat dalam memperkukuh rangkaian kerjasama dan memperluas inovasi dalam sistem pengurusan bencana negara di peringkat serantau, Nadma akan meneruskan penganjurannya pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Beberapa jalan utama dan lebuh raya di ibu negara akan ditutup secara berperingkat dari 26 hingga 28 Okt termasuk enam lebuh raya serta 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang yang akan dilencongkan sempena penganjuran sidang kemuncak berkenaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pameran dan Forum Asia Tahan Bencana 2025 ditangguh ke tarikh baharu susulan penutupan pusat bandar Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 23-28 Okt.
- Nadma beri jaminan program tetap diteruskan kerana ia penting untuk kerjasama serantau dan inovasi pengurusan bencana.
- Beberapa jalan utama dan lebuh raya akan ditutup secara berperingkat dari 2628 Okt bagi kelancaran sidang kemuncak.