Kerajaan Mesir telah memberi kelulusan untuk membawa Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut ke Malaysia tahun hadapan, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Bagaimanapun katanya, penganjuran pameran itu perlu dibawa ke Kabinet terlebih dahulu kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar, terutama perlindungan insurans bagi bahan-bahan yang dibawa, namun setakat ini perkara itu belum dibincangkan di peringkat Kabinet.
"Pameran itu merangkumi sejarah tamadun, sejarah nabi-nabi dan nilai moral yang tinggi serta kehebatan manusia.
"Tajaan akan dilakukan oleh mana-mana syarikat yang berminat. Firaun merupakan nama gelaran raja-raja dan bukan semua Firaun jahat dan kejam," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu Mohamaddin turut menjelaskan kekeliruan mengenai pameran itu disebabkan kelewatan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia Datuk Kamarul Baharin A Kasim, memaklumkan kepadanya mengenai kebenaran yang diberikan kerajaan Mesir untuk membawa pameran Firaun itu ke Malaysia.
"Saya yang menandatangani surat untuk pameran Firaun itu didatangkan ke Malaysia. Masalahnya di sini apabila dapat kelulusan saya tak diberitahu oleh ketua pengarah muzium... jadi saya panggil saya punya ketua pengarah kenapa kalau tandatangan surat saya dicari, kalau kelulusan ada, lambat diberitahu.
"Dia (Kamarul Baharin) minta maaf kepada saya, tetapi perkara kecil kita bermaafan, ia satu salah faham. Saya harap ini tak dijadikan isu besar," katanya.
Sebelum ini Mohamaddin dilaporkan berkata pameran berkenaan perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu, susulan kenyataan timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengumumkan mengenai penganjuran pameran itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
Keranda emas Tutankhamun, salah satu daripada 150 artifak yang dipamerkan pada pameran 'Tutankhamun: Treasures of the Golden Pharaoh' di Grande Halle de la Villette di Paris, 21 Mac, 2019. REUTERS/Fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pameran Firaun diluluskan kerajaan Mesir, namun perlu dibawa ke Kabinet
Bagaimanapun, penganjuran pameran itu perlu dibawa ke Kabinet terlebih dahulu kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar.