awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran fotografi di sebalik 'kesuraman' PKP

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/09/2020
06:50 MYT
Pameran fotografi di sebalik 'kesuraman' PKP
Siva Kumar berkata, pameran yang bermula dari 15 September hingga 30 September ini menampilkan gambar-gambar yang disifatkan sebagai 'unseen' memori dari hari pertama PKP sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar SK
KUALA LUMPUR :Pameran fotografi bertemakan Of Inertia and Solidarity yang sedang berlangsung di Avenue K, di sini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri keadaan sebenar Malaysia di sebalik 'kesuraman' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi karya kreatifnya, jurugambar profesional Siva Kumar Ganesan menterjemahkan suasana sunyi sepi ibu negara yang dirakamnya di beberapa lokasi utama Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Ampang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) yang terletak di lingkaran berhampiran kawasan rumahnya.
Pameran yang bermula dari 15 September hingga 30 September ini menampilkan gambar-gambar yang disifatkan sebagai unseen memori dari hari pertama PKP sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Siva Kumar memberitahu, beliau tidak mahu melepaskan peluang ini untuk merakam detik bersejarah yang mengubah wajah Malaysia sekelip mata, yang kemungkinan besar tidak akan berulang lagi.
"Situasi lengang itu dilihat sedikit luar biasa namun itulah realitinya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Siva Kumar menambah, keadaan lengang tanpa kenderaan itu menunjukkan solidari rakyat Malaysia dalam membantu negara memerangi 'perang' pandemik ini.
Justeru itu katanya, beliau tergerak untuk berkongsi gambar-gambar yang dirakam itu bersama orang ramai yang membawanya untuk mengadakan pameran.
Pameran dengan kerjasama Avenue K itu dirasmikan oleh Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah
Memulakan hobi sebagai jurufoto landskap, Siva Kumar kemudian melangkah ke dalam bidang fotografi 'bird eyes' iaitu gambar yang diambil dari atas sebelum menginovasikan diri dalam teknologi pengambaran dron, tiga tahun yang lalu.
Menariknya, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Jumaat, Port Dickson itu tidak pernah mengikuti mana-mana kelas profesional sebaliknya mempelajari teknik-teknik merakam gambar di YouTube sahaja.
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#perintah kawalan pergerakan
#Aidilfitri
#YouTube
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan