awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin

Bernama
Bernama
08/06/2022
09:27 MYT
Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pra-Pelancaran LIMA 2023 di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi, Kedah selepas penganjurannya pada 2021 terpaksa dibatalkan susulan penularan COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LIMA '23 diadakan susulan kejayaan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 pada Mac lepas serta kebersediaan Malaysia selepas memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Beliau berkata setakat ini sebanyak 600 pempamer dari 20 negara akan menyertai LIMA '23 selain dijangka menerima 45,000 pelawat perdagangan dan 380 tetamu luar negara.
Menurutnya, pameran LIMA '23 akan melibatkan aset udara dan aset maritim masing-masing 110 aset.
"Jumlah pempamer, negara yang terlibat, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset dijangka meningkat seterusnya menjadikan penyertaan terbesar pernah direkodkan,'' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Pameran LIMA '23 di Auditorium Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#pameran LIMA
#Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi
#Langkawi
#Menteri Kanan Pertahanan
#Hishammuddin Hussein
#LIMA '23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan