awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran LIMA'23 capai sasaran penglibatan 600 syarikat pempamer

Bernama
Bernama
03/04/2023
05:15 MYT
Pameran LIMA'23 capai sasaran penglibatan 600 syarikat pempamer
LIMA'23 akan tampil dengan empat pasukan aerobatik antarabangsa iaitu pasukan Jupiter, August 1st, Russian Knights dan Black Eagles. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) berjaya mencapai sasaran penglibatan 600 syarikat pempamer dalam acara yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei depan.
Pengarah Eksekutif Alpine Integrated Solution Sdn Bhd yang dilantik penganjur bersama LIMA'23, Muhammad Aqlan Pacleb berkata keluasan dewan pameran juga telah bertambah sebanyak 28 peratus, sekali gus menunjukkan momentum positif acara dwitahunan itu setakat ini.
Beliau berkata kawasan keseluruhan ruang pameran LIMA'23 telah penuh dan tiada lagi tempat.
"Sasaran kami untuk dapatkan 600 syarikat pempamer telah tercapai walaupun yang terlibat sebelum ini hanya 480 syarikat.
"Ini kerana dalam 600 syarikat itu, satu syarikat sahaja ada dua dan tiga syarikat lagi di bawahnya," katanya semasa menjadi tetamu jemputan dalam program Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah, hari ini.
Selain itu, Muhammad Aqlan berkata keluasan kawasan pameran telah melebihi ruang yang ditetapkan dan kalau diikutkan dewan pameran hendak diperluaskan lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Aqlan berkata menurut Kementerian Pengangkutan LIMA'23 telah mempunyai kira-kira 40 peratus penglibatan komersial daripada keseluruhan pameran.
Sementara itu, Panglima Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Lt Jen Datuk Mohd Shahada Ismail berkata menerusi LIMA'23 TUDM akan menjemput 45 Panglima Tentera Udara bagi membincangkan pelbagai isu termasuk keselamatan serantau menerusi Airchief Conference.
Selain itu, Mohd Shahada berkata pameran kali ke-16 itu juga akan tampil dengan empat pasukan aerobatik antarabangsa iaitu pasukan Jupiter dari Angkatan Tentera Udara Indonesia, August 1st (Tentera Udara Republik Rakyat China), Russian Knights (Tentera Udara Rusia) dan Black Eagles (Tentera Udara Republik Korea Selatan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LIMA'23
#Langkawi
#bilangan pempamer
#pasukan mengambil bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan