awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran Penerbangan Selangor 2023 bakal tarik lebih 20,000 pengunjung

Faida Rahim
Faida Rahim
29/08/2023
09:40 MYT
Pameran Penerbangan Selangor 2023 bakal tarik lebih 20,000 pengunjung
Beliau menjangkakan potensi transaksi bernilai RM700 juta pada SAS dengan sasaran lebih 10 memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai. - Foto Invest Selangor
KUALA LUMPUR: Invest Selangor Berhad menjangkakan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September dapat menarik lebih 20,000 pengunjung.
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd Datuk Hasan Azhari Idris berkata program ini merupakan platform rangkaian untuk pemain industri aeroangkasa, terutama peneraju perniagaan serta penerbangan am memperkasa semula perniagaan mereka di rantau ini.
“This is a general aviation show... kali ketiga yang kita adakan dan tahun ini akan berlangsung di tempat yang sama Skypark RAC Bukit Jelutong dan berlangsung 7 hingga 9 september 2023.
“Sasaran tahun ini dari segi penyertaan kita telah mencapai sasaran kita iaitu 114 pempamer melibatkan enam negara," katanya.
Antara negara yang mengambil bahagian adalah Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Denmark, Singapura, dan Hong Kong dan menempatkan 41 pameran pesawat statik.
Beliau juga menjangkakan potensi transaksi bernilai RM700 juta pada SAS dengan sasaran lebih 10 memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai.
Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan di lokasi pameran antaranya drone race, drone soccer termasuk peraduan mewarna.
Beliau memaklumkan, rancangan penganjuran program seterusnya akan diteliti semula sama ada untuk meneruskan di lokasi sama atau diadakan di lokasi baharu.
Sementara itu, beliau turut menasihati pengunjung yang ingin datang ke pameran agar menggunakan pengangkutan e-hailing atau bas yang disediakan penganjur memandangkan tiada parkir disediakan di Skypark RAC.
Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari media sosial SAS 2023 di Facebook, Instagram dan Linkedln @selangoraviationshow serta Twitter @SelAviationShow.
Topic Berkaitan
#Pameran Penerbangan Selangor SAS 2023
#Hasan Azhari Idris
#Skypark RAC Bukit Jelutong
#SAS 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan