awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pan Borneo bukan janji pilihan raya, datang tengok sendiri' - Abang Johari

Bernama
Bernama
19/04/2016
06:46 MYT
'Pan Borneo bukan janji pilihan raya, datang tengok sendiri' - Abang Johari
ABANG JOHARI:
Pihak yang mendakwa projek pembangunan di Sarawak termasuk Lebuhraya Pan Borneo hanya 'janji pilihan raya' perlu datang untuk melihat sendiri perkembangan projek itu dan bukannya terus menabur fitnah kepada masyarakat, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak berkata semua projek bergerak seperti dirancang, dan ia memerlukan masa serta pelaksanaan yang komprehensif lagi teratur.
"Datang sini, tengok dengan mata sendiri apa yang berlaku. Semua sudah ada," katanya dalam sidang media selepas melancarkan jentera pilihan raya PBB Zon Sri Aman di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Abang Johari atau dikenali ramai di sini dengan 'Abang Jo' berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang kononnya segala projek pembangunan di Bumi Kenyalang ini hanya retorik.
Sementara itu beliau berkata BN Sarawak yang telah selesai menamakan 82 calon untuk pilihan raya negeri semalam, komited untuk meneruskan pembangunan yang dirancang menerusi Manifesto BN yang akan dilancarkan Pengerusi BN negeri Tan Sri Adenan Satem pada 26 April ini.
"Tengoklah manifesto itu nanti dan buatlah penilaian sendiri," kata Abang Johari.
Mengenai majlis hari ini, Abang Johari berkata jentera parti akan bekerja keras bagi menjayakan kemenangan mutlak BN melalui segala persediaan yang telah siap dirancang sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Abang Openg
#Lebuhraya Pan Borneo
#PRN Sarawak
#projek lebuh raya
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan