NATIONAL
Panda gergasi Fu Wa, Feng Yi tinggalkan Malaysia selepas 11 tahun

Salah seekor panda gergasi yang dihantar pulang ke China hari ini, menandakan tamatnya fasa pertama kerjasama konservasi antara Malaysia dan China. -RTM
KUALA LUMPUR: Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi yang kembali ke China hari ini selepas 11 tahun menetap di Malaysia sejak 2014.
Ringkasan AI
- Pasangan panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi telah dihantar pulang ke China pada 18 Mei 2025 selepas 11 tahun berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada Projek Kerjasama Konservasi Panda Gergasi antara Malaysia dan China.
- Sepanjang berada di Malaysia, pasangan ini menyumbang kepada kejayaan konservasi dengan kelahiran tiga anak panda Nuan Nuan, Yi Yi, dan Sheng Yi yang juga telah dihantar pulang ke China mengikut perjanjian.
- Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian baharu pada April 2025 untuk menerima sepasang panda gergasi baharu, menandakan kesinambungan kerjasama konservasi dan hubungan strategik dua hala.
Majlis perpisahan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Setiausaha NRES Datuk Dr Ching Thoo; dan wakil Kedutaan China.
“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan penghantaran pulang Fu Wa dan Feng Yi,” kata Nik Nazmi.
“Malaysia telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam konservasi ex-situ Giant Panda dengan kelahiran tiga ekor anak Giant Panda,” menurut kenyataan rasmi kementerian.
Anak pasangan itu -- Nuan Nuan, Yi Yi, dan Sheng Yi -- juga telah dihantar pulang ke China mengikut syarat perjanjian.
Menurut Nik Nazmi, kepulangan pasangan panda gergasi itu tidak bermaksud berakhirnya hubungan konservasi di antara kedua-dua negara.
Katanya, Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian baharu pada 16 April 2025 yang membolehkan ketibaan sepasang panda gergasi baharu untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Malaysia dijadual menerima kehadiran sepasang Giant Panda baharu pada 2025,” jelas beliau.
Menurut Nik Nazmi, projek ini bukan sekadar konservasi, tetapi juga cerminan hubungan strategik dua hala.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami