KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) diharap sentiasa mengambil kira pandangan kesatuan pekerja terutama dalam menggubal Dasar Sumber Manusia baharu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat dalam kenyataan berkata pandangan dan penglibatan wakil pekerja penting bagi memastikan setiap dasar yang digubal sesuai dengan persekitaran kerja semasa di dalam negara.
"Cuepacs menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif dan hala tuju awal yang telah ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong yang dilihat mahu memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan produktiviti pekerja," katanya.
Beliau berkata perancangan digariskan KSM selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kesatuan pekerja terutama dalam hal yang akan membolehkan pekerja di negara ini mendapat kadar upah atau gaji yang lebih bermaruah dan wajar
Semalam, Sim menerusi kenyataan mengumumkan KSM akan segera melaksanakan projek perintis Dasar Gaji Progresif bagi membolehkan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut.
Sim turut menggariskan tiga teras utama KSM iaitu memperkukuh kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja.
Dalam pada itu, Adnan berkata pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (Nube) Chee Yeeh Ceeu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Sim adalah cerminan bahawa menteri berkenaan terbuka untuk menjalin hubungan baik dengan warga pekerja dan mendengar pandangan akar umbi.
"Cuepacs juga berharap Menteri Sumber Manusia sentiasa terbuka terhadap isu-isu yang akan dibawa oleh kesatuan pekerja agar setiap usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak memberi kesan terbaik kepada negara dan warga pekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Adnan berkata pandangan dan penglibatan wakil pekerja penting bagi memastikan setiap dasar yang digubal sesuai dengan persekitaran kerja semasa di dalam negara. - Gambar fail/Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Aspek kesihatan mental antara rangka Dasar Sumber Manusia Negara – Sivakumar
KSM sedang membangunkan Dasar Sumber Manusia Negara yang turut mengandungi elemen kesihatan mental di tempat kerja.