awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandangan usahawan penting bantu KUSKOP sediakan polisi pembangunan - Ewon

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
31/12/2022
07:53 MYT
Pandangan usahawan penting bantu KUSKOP sediakan polisi pembangunan - Ewon
Datuk Ewon Benedick berkata, ia sekali gus membantu pihaknya menyelesaikan isu lambakan usahawan pemula yang tidak mampu beralih ke fasa peningkatan skala.
KOTA BELUD: Pandangan dan idea semua pihak penting bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan polisi pembangunan mampan selari aspirasi para usahawan di negara ini.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, ia sekali gus membantu pihaknya menyelesaikan isu lambakan usahawan pemula yang tidak mampu beralih ke fasa peningkatan skala.
"Ini (suara usahawan) yang saya mahu dengar daripada pengusaha-pengusaha Sabah sendiri, daripada persatuan ataupun pemain-pemain industri keusahawanan ini.
"Baru-baru ini kita telah mengadakan satu sesi libat urus pada 24 Disember dan sekali lagi pada 30 Januari supaya saya mendengar lebih terperinci bukan hanya permasalahan-permasalahan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan kita tadi tetapi juga cadangan-cadangan mereka.
"Jadi apabila kita dapat memperbanyakkan sesi libat urus maka mudah untuk saya mengambil kepimpinan untuk menangani dan seterusnya membantu usahawan-usahawan kita ini untuk kita perkasakan, kita pertingkatkan keupayaan mereka dalam bidang keusahawanan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang di Kota Belud pada Sabtu.
Tambah Ewon, hasil pertemuan yang diadakan bersama komuniti usahawan di negara ini akan turut direkodkan sebagai data dan justifikasi terhadap setiap keputusan yang diambil kementerian termasuk dalam konteks pembentukan dasar dan peningkatan belanjawan bagi tujuan pembangunan keusahawanan.
"Kalau kita tahu, kalau kita ada data, statistiknya berapa sebenarnya usahawan yang memerlukan pembelaan ini maka senang kita merangka pembelaan dari segi dasar barangkali ataupun dari segi belanjawan kita perlu tingkatkan untuk membantu mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Ewon Benedick
#usahawan
#pembangunan usahawan
#sesi libat urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan