PUTRAJAYA: Pandemik COVID-19 mengganggu usaha pertumbuhan ekonomi dan aktiviti sosial seluruh negara, namun tidak menghentikan aktiviti rasuah serta salah guna kuasa daripada berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.
Sehubungan itu, beliau berkata SPRM sebagai agensi utama dalam pencegahan rasuah, komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan, bagi membanteras segala bentuk rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
"Tindakan penguatkuasaan adalah tindakan punitif apabila perbuatan rasuah dan salah guna dikesan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Pada 10 April lepas, Azam mendedahkan yang SPRM mengesan peningkatan kes rasuah berskala besar membabitkan sindiket jenayah dan kartel serta penjawat awam, sejak wabak COVID-19 melanda negara tahun lepas.
Peningkatan itu katanya dipercayai kesan kegawatan ekonomi akibat penularan pandemik itu yang menyebabkan semakin ramai individu berada dalam keadaan terdesak.
Azam berkata kerjasama semua pihak penting bagi memastikan rasuah tidak sekali-kali menjadi budaya dalam kehidupan.
"Malah, jenayah ini akan dipandang jijik dan hina. Pikullah amanah dan tugas yang diberi dengan penuh integriti, walaupun amanah itu berat, tetapi disebaliknya tersembunyi pahala yang besar," katanya.
Pada majlis itu, Azam menasihatkan KBS dan agensi-agensi di bawahnya berhati-hati dalam hal ehwal pengurusan dana dan bantuan selepas diberikan peruntukan kewangan yang agak besar untuk pembangunan belia dalam Bajet 2022.
"Lebih besar dana yang diperuntukkan, risiko berlaku penyelewengan adalah lebih tinggi. Pasti akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengintai peluang, mencari ruang untuk keuntungan poket mereka.
"Justeru, cabaran besar kepada KBS dan agensi-agensinya untuk memastikan segala peruntukan, dana dan bantuan diuruskan secara berintegriti, telus serta tiada penyelewengan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki menyampaikan ucapan semasa Sambutan Hari Intergriti dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. - Foto BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
COVID-19: Lebih 30,000 PMKS ditubuhkan tahun 2021 - Exco Perak
Lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak tahun lalu.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Kerajaan optimis Fasa Satu Pan Borneo Sarawak siap hujung tahun ini - Fadillah
Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
Hari Malaysia: Bermuafakat akhiri pandemik sebagai sebuah keluarga Malaysia
Semangat rakyat Malaysia dalam membuktikan komitmen, kesetiaan serta kesepakatan terus berkobar dan membara dalam usaha memutuskan rantaian.
Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9: Istana Negara, Menara Dato' Onn jadi tumpuan esok
Esok rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri.
16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak
Sarawak hari ini mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.
Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.
Fasa endemik COVID-19 kemungkinan lebih lama daripada H1N1 - Pakar Kesihatan
Sekiranya dibandingkan dengan H1N1, kadar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia adalah lebih tinggi.
Majlis Islam Sarawak tangguh ibadat korban tahun ini
Majlis Islam Sarawak hari ini memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M.