MALAYSIA

Pandikar stabil selepas jalani pembedahan kecil di Singapura

Ashwad Ismail, Harits Asyraf Hasnan 29/05/2016 | 02:30 MYT
Sumber pada masa sama menafikan Pandikar telah diserang angin ahmar seperti yang tersebar melalui Whatsapp dan di laman sosial pada ketika ini. - Gambar fail
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil di Singapura.

Menurut sumber Parlimen kepada Astro AWANI, Pandikar telah ke Singapura setelah dikatakan tidak sihat selepas tamat sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Rakyat, Khamis lalu.

"Tan Sri Pandikar hanya melalui pembedahan kecil di bahagian belakang. Beliau berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani rawatan di Singapura," memetik sumber Parlimen kepada Astro AWANI.

Sumber pada masa sama menafikan Pandikar telah diserang angin ahmar seperti yang tersebar melalui WhatsApp dan di laman sosial pada ketika ini.

Pada Januari 2010, Pandikar pernah diserang sakit jantung dan melakukan pembedahan pintasan.
#Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Rakyat #Speaker Dewan Rakyat #Tan Sri Pandikar Amin Mulia kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil di Singapura